Sunday, 3 March 2013

hikmah kembara tarbih jiwa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



“Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yg bia memisahkan kita
Antara kita semua”

Lagu tema Hikamah Kembara
Saat menyanyikan lagu ini
Tanganku berpaut pd satu badan
Sahabat yg kini aku sayangi
Kerana Dia
Tgn dia juga berpaut padaku
Terasa kasih syg di situ
Sesuatu bergenang di mataku

Allah, sungguh kau mengasihi hubungan ini!!
Walau banyak kali aku mengkhianati
Walau byk kali terasa di khianati
Kau tetap mengizinkan kami
Merasai nikmat mu yg paling manis itu
UKHUWAH KERANA ALLAH

Mungkin segala badai yg terjadi
Membuatkan kami semakin serasi
Untuk bersahabat seikhlas hati
Allahuakbar!!! Indahnya!!!

Hikmah Kembara member seribu satu kenangan
Memori yg cukup indah
Bersama mereka semua
Aku merasa cukup bahagia di sana
Tiada hasad dengki mahupun iri hati yg tertanam

Tiada gurauan yg berlebihan
Tiada senda yg menyakitkan
Tiada kata yg boleh merosakkan iman
Bahkan
Segala ucapan dari mereka
Ibarat teguran daripada Sang Pencipta
Perbincangan bersama mereka
Ibarat di taman syurga

Ya Allah,
Engkau mengetahui hati2 ini,
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati2 ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yg sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman...

Semoga bertemu di syurga...
Amiin!!