Thursday, 27 September 2012

terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

akhirnya saya kembali ke baiti jannati dengan izinNya. hati gembira sebenarnya dapat duduk rumah. bersama umi abah.. nak nangis pun ada. sebab terasa bahagia berada di rumah. hampir 3 minggu tidak pulang. kerana assignment kot. entah, tapi diri ini sentiasa rasa waktu itu perlu di isi dengan study. 
akhirnya Allah datang sakit itu supaya pulang ke rumah. mungkin permintaan umi abah untuk bersama saya di makbulkan tapi dengan cara yang susah sedikit. dari kecil, rasanya saya ini memang sentiasa menyusahkan. ada je perkara yang pelik2 berlaku kat saya. hehehe
saya rindukan roomates saya yang dulu di G401. series! walaupun macam2 terjadi antara kami, tapi ikatan tu macam kuat. 
=masa saya sakit, semua org risau.
=dengar saya mengigau, ke, mesti akan ada org jenguk kat partition saya. tengok keadaan saya.
=rasa badan saya panas atau tak
=tanya saya dah makan
=tanya saya dah makan ubat ke belum.

tapi sekarang roomates dah jd roomate je. dan masa saya sakit, tidak pernah pun dia endahkan saya. series, terasa giler time tu. saya demam punyalah panas, dia diam je. datang dekat saya pun tak. ok fine! saya rasa macam dah malas nak buat baik dengan dia. semua benda saya dah jadi macam barang dia lepas tu, dia biar je saya. sejujurnya saya semakin benci dan menyampah dengan dia. kalau boleh saya tak nak duduk bilik tu. saya benci duduk situ!!

ok lupakan. saya memang begitu. lupakan dia. saya sebenarnya memang seorang diri di dalam bilik itu kaaan.. tak apalah. semoga tahun depan, saya dapat duduk dengan sahabat yang lebih baik, yang mengenal apa itu erti saudara sesama islam.

hari ni dia bakal pergi, meneruskan perjuangan seorang daei'.. husna.. mungkin ini yang terbaik untuk awak.. mungkin saya demam sebab pemergian awak kali ni membuat kan diri kita jauh. tapi mungkin pemergian ini juga mampu mengikat+ merapatkan hati kita.. amiin..

Wednesday, 26 September 2012

pergilah


benar, sungguh susah menjaga ikhtilat itu. janji mengekalkan pesertanya di kolej sehingga final year, mengaburkan mataku.. dan akhirnya keputusan di ambil selaras dengan kedudukan iman ketika itu. di iringi doa memohon petunjuk kebenaran kepada keputusan ini. semoga mendidik jiwa untuk menjadi lebih kuat. dan akhirnya Allah mudahkan, segala nyaanyian, tarian dan lakonan di hadapan juri2 yang haram itu dpt di elakkan hehehe. kalau boleh memang semua ahli SETA wajib beruji bakat. tapi saya terlepas kerana kuasa Allah melebihi segalanya...
SETA? SETA is stand for School of Entertainment, Talents and Arts.. tapi SETA tu tak ada dalam diri saya... sebab tu saya tak nak memalukan diri menjatuhkan maruah agama memasuki uji bakat itu. dan kerja saya, Props bahagian busana. jadi di sini saya dapat belajar menjahit + improvekan skill menjahit saya.. hehe.
satu benda yang saya tidak setuju tentang SETA ialah mereka tersalah tafsir erti menjaga batas itu. tetapi saya seorang je yang merasa sedemikian dan orang lain kata itu perkara biasa. kalau boleh saya mahu larikan diri tapi, tanggung jawab di sini besar. saya sendiri menempahnya. jadi selagi saya boleh jaga diri saya, saya buat. semoga Allah ampunkan saya.

suatu malam, saya bersama kawan menjahit sesuatu. tiba2 datang teman lelakinya itu dan sahabatnya. pada mulanay saya terasa malu dengan perkara itu. tapi, sebenarnya kehadiran mereka itu membantu saya dan tidak mengganggu jiwa saya. seronok juga apabila melihat kaum adam ini pandai menjahit. apa yang saya perhatikan, sahabat dia yang bernama A itu cuba menguji saya kot. secara tiba-tiba,
A: nama siapa? ( sambil menjahit)
saya: ha? -buat2 terkejut sebab tengah khusyuk buat kerja. hehe
bf kwn saya: **********(sejujurnya dia sangat menyibuk)
A: O.. jadi panggil apa?
bf itu menyampuk lagi dan menceritakan sedikit tentang latar belakang saya yang lebih kirang dengan mereka. namun, saya dan dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan antara satu sama lain sehinggalah hari itu.
saya hanya mengiakan kerana terasa malu disitu.
A: ambil course apa?
saya: EE
suasana diam. mungkin penat menunggu saya bertanya,
A: kitorang(A dan Bf kwn saya tu) ambil mekanik.
saya di dalam hati:( aku tak tanya pun)

lebih kurang macam sesi perkenalan kot tapi, saya tak tanya apa2 pun. cuma dialog yang paling common antara kami, "nak benang, jarum, gunting"
dan thank you.

bagi saya, tiada guna berkenalan berlebihan kerana tiada benefit di situ. selepas malam itu, bakal berakhirlah segala perkenalan dan hubungan antara semua saya dan ahli SETA. rupanya itu hanya bagi saya. selepas malam itu, saya asyik bertmbung dengan dia. dan reaksi saya? seperti biasa, saya buat macam tidak kenal dia kerana saya malu.

beberapa hari saya bertembung dengan dia. dan saya rasa macam nak bagi tahu dia, "awak, saya harap malam tu awak tak kenal saya, biar saya tak kenal awak sampai bila2"


jujur, hati ini terganggu.................. semoga Allah pelihara.. amiin

jumaat ini, si dia bakal pergi. Husnaa.. kalau saya mampu, saya tak nak awak pergi...!! tapi awak memperjuangkan agama kita, saya yakin awak mampu, semoga saya juga mampu menjadi seperti awak... amin,, doakan saya ye...