Friday, 29 June 2012

What if the memory is gone


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Saya mengharapkan dan terfikir, andai Allah mengambil ingatan saya, adakah saya akan menjadi seseorang yang baik?
Kalaulah ingatan saya di ambil, saya yakin, mesti saya boleh menjadi seseorang yang lebih baik. Kerana saatnya sekarang, saya tidak berjumpa dengan orang yang tidak baik. Andai perkara itu berlaku, mesti umi dan abah akan sentiasa di sisi saya kan? Mesti nanti umi abah ajar benda ‘baru’ untuk saya kan, dan semestinya perkara itu, perkara yang baik.
Masa tu mesti semua orang akan berbuat baik dengan saya, mesti hanya bercakap tentang perkara baik, jadi saya mesti nanti boleh jadi budak baik.
Tidak perlu lah saya fikirkan tentang merreka yang pernah berada dalam memory saya kan, dan tidak payah pula saya perlu mengenangkan di mana mereka, apa yang mereka sedan buat dll. Haha rasa sangat cool pula apabila mendapat suaatu kehidupan baru. Tidak perlu juga saya mengenangkan orang yang saya sayang, orang yang saya benci, mereka yang pernah menyentuh hati saya. Kerana sejujurnya, jika waktu bisa di putar, akan saya cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka semua. Semuanya. Saya hanya mahu duduk di rumah ini, dan di layan seperti seorang anak kecil yang tak perlu risaukan dunia luar.

Tapi saya yakin, di saat saya gembira bersama orang di sekeliling nanti mesti akan ada yang bersedih hati. Contohnya macam sahabat-sahabat saya. Banyak kenangan yang luput di ingatan. Mesti kesian kepada mereka itu.
Saya juga terbayang, masa tengah tunggu bas di UPM, tiba-tiba ada seseorang menegur dan saya tidak mengenali, apakah perasaan dia dan saya ketika itu?
“putri, lama tak jumpa awak?” kata dia menegur saya.
Saya mungkin, “?%$#@” dengan muka yang pelik. Hehe. Ataupun just tersenyum biasa.
Andailah diizinkan saya duduk sebelah dia di dalam bas, pasti saya akan bertanya tentang dia.

Semoga ianya akan berlaku. Saya akan jadi orang baru, khalifah baru. Dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa silam saya.

#rasa seronok pula sakit. Sebab Allah ampunkan dosa saya. Yang ke dua, saya di layan bagaikan puteri kayangan. Ketiga, semua orang mengambil berat tentang saya. Yang keempat, terasa lebih di sayangi sebab dapat perhatian lebih. Hehehe.. OOOsem..! (^_^)


Bahagia.......... sampai ke syurga


Fitrah
Apabila berlawanan jantina tertarik antara satu sama lain
Dinamakan CINTA
Namun apakah erti cinta itu sendiri
Adakah berpelukan, berciuman itu di namakan cinta
Kasihan melihat manusia sekarang
Tambahan remaja
Kebanyakannya salah mengekspresikan cinta
Bila jatuh cinta, hati gundah gulana
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah
Tapi itu ke cara orang beriman bila jatuh cinta?
Check diri semula, mungkin sebab tidak pernah jatuh cinta
Saya kurang faham apa rasanya
Mungkin sebab tidak pernah bercinta
Saya tidak dapat merasai nikmatnya
Tetapi saya cintakan pencipta saya
Orang kata saya rugi sebab tidak membalas cinta dari mereka
Tapi bagi saya macam tu ke cinta?
Saya tidak mengerti,
Kerana bagi saya cinta hanya dibenarkan apabila ada ikatan yang sah
Jatuh cinta tidak salah, tapi cara bercinta itu yang salah
Bila cinta di ungkapkan kepada seseorang yang bukan sesiapa baginya
Yang tidak pasti takdirnya
Harga diri pula menjadi terlalu murah dengan janji palsu itu
Janji yang berlandakan nafsu yang bisa di mungkiri bila-bila masa sahaja
Apabila segalanya tergadai kerana cinta,
Masing-masing menyalahkan masing-masing
Ada yang melepaskan tangan menafikan tanggungjawab
Kasihan mereka,
Jadi, itukah cinta?
Cinta yang sebenar ialah apabila kita mencintai seseorang itu kerana Allah
Dan juga untuk agama, bila dah berkenan,
Gunalah jalan keberkatan, jumpalah keluarga dia,
Minta izin pada walinya, tak ke sweet bila buat macam tu,
Lepas tu, bila dah lafazkan janji dekat Allah,
Tunaikanlah hak masing-masing,
Laksanakanlah tnaggungjawab seikhlas yang mungkin
Terasa indah apabila cinta Allah itu di utamakan,
Cantiknya kehidupan,
Itulah tujuan sebenar,
Bahagia sampai ke syurga.......