Wednesday, 26 December 2012
homesick
abah: nak ikut tak..? (muka penuh harapan)
me : (tertunduk sambil geleng perlahan)
Maaf, umi abah.. bukan tak nak ikut... naaakkk sangat! siapa tak nak spend time macam tu dgn umi abah! tapi... kalau dah disana, mood study di sini nanti susah nak dapat balik..
sekarang ni pun, terasa sangat lemah.
MALAS + NGANTOK + BORING
semua pun adalah..
buang masa pun banyak juga
terkenang umi abah din
terkenang rumah
rasa macam dah lama tak jumpa
padahal minggu lepas baru balikk
Apa nak jadi ni???
Ya Allah, pinjamkan ku kekuatanMu
Kuatkan Aku..
Final??
semoga tercapai apa yg di hajati
semoga keputusan meningkatkan komitmen ku terhadap Islam...!
ohh rindu bulatan cinta itu!!
Sunday, 23 December 2012
not a judge
Dengan Nama Allah......
Aku masih bernafas keranaNya
"Semalam terasa indah bersamanya
Suasana damai penuh ceria
Saling berbagi kisah kenangan dunia
Namun kini…..
Hari-hari berjalan terasa berat
Ada ketersiksaan di dalam dada
Pertemuan bagai beban derita
Sulit untuk telukiskan oleh kata
Kerna perasaan yg bicara
Melihat wajahnya,
Mendengar suaranya
Tersebut namanya
BENCI..
Bukalah mata hati
Bukan mata benci
Kita bukan sang hakim
yang layak untuk menghukum
kita juga pernah bersalah dan tersalah
bencilah sekadarnya
maafkanlah kekhilafannya
kita bukanlah manusia yg sempurna
jangan lah merasa seolah tanpa noda
kita hanya manusia yg pernuh
khilaf salah
maafkanlah ia bila hatimu terluka
Kerana kita bukan SANG HAKIM"
Cuba menghayati lagu ini.
Dalam persahabatan yg baru hampir 2 tahun.
Mengapalah?
Tiada keserasian, tiada persefahaman.
Allah, sukar mendekati jiwa ini.
Aku terasa berat dan penat
Kerana selalu aku merasai luka itu
Mengapa perlu berkira andai benar kawan?
Sahabat atas paksi iman, sukarnya hendak di cari.
Kini, setiap kali bicara, hati ini terguris
Aku cuba berSABAR, tapi kadang kala ia terbatas juga
Ya Allah, kurniakan aku, kesabaran yang tinggi
Datangkanlah padaku ketenangan yg hakiki dariMu
Aku letih melayani perasaan ini ya Allah
Kebalkan jiwaku
Mantpkan imanku
Semoga aku mampu melalui segalanya……
i want it!
Ujian baru bermula.
1 weeks more.
Final sem 1
Sekejap sungguh
BACELOR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Menguji kemampuanku sebagai seorang manusia
Engineer to be?
Mampukah aku?
Meneruskan segalanya lagi di sini.
Saat semua bakal pergi
Aku mahukan tarbiah
Aku cuba mencari tarbiah
Namun aku dihalang
Oleh mereka yg menyebabkan
Aku sentiasa di berkati Allah
Allah, ini ujian buatku
Aku merasakan segalanya senang sahaja
andai aku dilepaskan
untuk mencari jalanku sendiri
kekangan dan kerisauan mereka mengganggu ku
tapi, aku selalu di tinggalkan
kenapa tak beri aku peluang meninggalkan
aku bukan melakukan perkara yg tidak senonoh
ia cuma jaulah menuju Ilahi
mencari keberkatan dan keredhaan Nya
dan aku buat kerana Allah
tujuan sebenar aku di sini
mencari ilmu ukhrawi
aku dahagakan ilmu itu
sejak dulu
ilmu yang membuatkan aku tenang
ilmu yg membuatkan aku merasa selesa.
Allah... semoga sesuatu yang lebih baik menimpaku
Wednesday, 12 December 2012
enough, bye
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Selamat tinggal semua.
Perlukah ungkapan selamat tinggal itu?
Aku merasakan tidak perlu. Kerana kita semua pasti akan
berjumpa kembali.
Cukuplah kan hubungan kita atas dasar kerja.
Jamuan perpisahan?
Aku tidak suka diriku dikenali.
Aku tidak senang namaku di bibir2 mereka yg lawan jantina daripada
ku itu.
Tidak pernah aku harap untuk menjadi perhatian sesiapa pun.
Aku cuba sedaya upaya menjadi diriku dalam apa jua keadaan
Kerana aku tahu, aku tidak sempurna,
Jadi tiada siapa yg akan mendekatiku.
Namun, semuanya di salah tafsirkan.
Mereka melihat itu sebagai satu kelainan
Cukuplah aku terasa memalukan diriku sendiri di hadapan
mereka.
Mereka kata aku di pengaruhi dia yg sentiasa di sampingku
Tapi sebenarnya aku cuba untuk membantu dia dan mereka
Tanggungjawab yang mana mereka tolak.
Aku ambil.
Tidak sanggup aku melihat mereka2 itu.
Cukuplah bagi aku, ‘ Astghfirullahala’zim’ itu keluar dari
mulut mereka
Semoga terkesan di hati mereka sampai bila2.
Allah, mereka ada potensi besar untuk agama ini,
Bantulah mereka ke jalan Mu...
Terima kasih sahabat atas segalanya
Alhamdulillah, kau datangkan aku seorang sahabat
Yang begitu baik pekertinya
Yang begitu memahami diri ini
Yang menerima kelemahan jiwa ini..
#aku mesti kuat dalam Islam!! Allah bantu aku!!
Monday, 10 December 2012
kerana tudung?
Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha penyayang,
aku masih lagi diizinkan hidup di sini.
Dengan nikmatnya, aku masih bisa menghirup udara dan mengecapi kebahagiaan dunia ini,
moga tidak melalaikan.
Alhamdulilah, pengalaman berkeluarga angkat di Penang, sukar untuk di lupakan.
merindui, Tok, Makcik dan Acu. pertemuan singkat ini, memang membekas di hatiku.
layanan mereka, Subhanallh, cukup indah. Moga Allah membalas kebaikan mereka.
Lupa akan penampilan diri, di panggil 'ustazah'.
Dia menegur ku yg agak kasar. Maaf, jujur, aku tidak suka cara kau.
seperti tidak menghormati aku sebagai perempuan.
mungkin hanya itu yg mampu buat kau sedar, aku ada maruah yg perlu dipertahankan
aku ada sahabat yg perlu dilindungi.
kau hidangkan aku dengan jenaka bodoh kau itu
aku tersenyum kerana kebodohan ku
kau kata aku tidak layak berkawan
dengna dia hanya kerana aku dan dia bagai langit dan bumi.
kau tuduh aku yg bukan2.
bagai aku pendatangkan fitnah kepada Islam.
kau mengutuk sahabatku itu.
pernahkah kau nampak kebaikan dia?
pernahkah kau bersama dia,
tujuan kau mendekati dia,
hanya kerana nafsu?
kau datang menguji aku.
dan aku kau panggil penipu.
pada mulanya aku berusaha untuk menyelamatkan sahabat.
biarlah, aku sanggup di gelar penipu untuk itu.
biarpun aku dan dia berbeza, dia sahabat aku
tanggungjawab aku
'kau tak nak back up diri kau ? dia cakap kau macam tu'
tidak.
aku ada maruah.
sia2 aku berkata-kata pada org macam dia.
soal aku, hanya Allah yg tahu,
antara aku dan Allah, kekasih abadiku.
Allah, aku sayangkan dia.
kenapa dia diuji begitu?
kasihan dia.
kau memandang tinggi padaku. kenapa? adakah kerana tudung itu?
aku hanya mahu membuktikan, walaupun penampilan nampak sempurna
hati penuh noda,
iman sungguh nipis,
buktinya, aku tidak mampu membantu dia.
saat dia tengah keliru.
aku merasai segalanya gagal
aku gagal. maaf sahabat, aku tidak berupaya melindungi awak.
awak. seronok dengan mereka
awak. ajak aku bersama mereka.
air mata menitis. awak buat2 faham. cuba mengerti.
aku menangis bukan kerana aku terpaksa atau di paksa.
tetapi aku menangis, kerana mengakui imanku tidak cukup kuat untuk menetapkan perkara yg ak tidak boleh dan tidak sepatutnya buat.
seorang ikhwah, seakan berusaha meng'create' kan title sahabat
aku menolak.
maaf, aku tidak cukup kuat untuk itu.
alasan untuk kita berkawan juga tiada di situ
bagiku, biarlah bila ada urusan sahaja kita berhubung.
aku tidak mahu merosakkan hati sucimu
aku tidak mahu melukakan hati mu.
pergilah ikhwah, carilah dia yg lebih sempurna.
terakhir, sahbatku sayang,
sedarlah, aku sedang cuba untuk membantu kau,
aku sentiassa berharap, kau bantu lah dirimu ke jalan syara'
tinggalkan cinta selain Dia,
lupakan segalanya...
Saturday, 1 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)