Tuesday, 9 July 2013

pahit yg akhirnya mungkin manis ( ^ . ^ )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم





“Putri, kamu dah banyak study?”
“Putri, kamu dah siap ini?”
“Putri, saya tak dapat soalan ini, macam mana ni? =(“
“Putri, kalau saya datang bilik boleh, saya sakit, nak menangis,”
“Putri, ........................................................(bla, bla, bla)”

Hampir setahun, aku melayani rintihan itu, berusaha memenuhi segala permintaannya
Ibarat lembu di cucuk hidung
Walaupun akhirnya aku tahu perit yg aku rasa
Dan memang, akhirnya aku yg sakit...

Apa yg paling cukup menyakitkan hati ini,
Saat di hadapan, pelbagai kelemahan di tunjukkan,
Saat di belakang, terserlah kecantikan yg sebenar..

Andai niat sebuah persahabatan itu tidak ikhlas
Bangunan yg tidak kukuh tiangnya,
Tidak elok asasnya

Kita tidak senang melihat org lain senang,,
Malah tidak bahagia melihat org lain bahagia
Kalau boleh, tiada siapa yg boleh kalahkan kita dr segala aspek.

Mesti tahu rahsia dia, mesti lebih drpd dia,
Baru puas hati!

Macam tu kah????

Bukan ke, itsar tu darjat yg paling tinggi dalam sebuah persahabatan?
Melebihkan sahabat daripada diri sendiri (kes tertentu sahaja, tidak melibatkan ibadah wajib)

Ketika susah, A lah orang yang mesti sentiasa ada di sisi
Tapi, kalau nak berenjoy, B lebih bagus
B tak tahu nak buat apa saat susah
A tidak minat perkara yg terlalu enjoy
Kadang, minat mereka tidak sama

Ok, kita berukhuwah sebab apa?
Nak tambah kenalan?
Saja2 nak nampak, “saya orang famous!!” (hehe)
Sebab dia pandai, boleh tolong ajar dlm study..
Sebab dia cantik, boleh tumpang famous
Sebab dia baik, mesti sentiasa tak kisah
Sebab dia ni sama minat dgn aku, jadi mesti senang nak ajak keluar
Sebab satu kepala
Dan sebab....., sebab..., sebab....,

Berrmacam sebab yg boleh di listkan
Tapi,, cuba check ada tak

SEBAB ALLAH

Ada?????
Inilah sebab yg paling OSEM,
(rasa macam tengah potong bawang laju2)

Namun sebenarnya,, dengan niat inilah
Akan datang lebih banyak cabaran dan dugaan
Kerana sebab yang tanpa sebab ini indah

Tak terkata..
ALLAH akan uji, untuk tengok sebanyak mana keikhlasan diri
Sekuat mana iman di hati, setabah mana jiwa
Mempertahankan sebuah hubungan yg tercipta kerana ILAHI

Thursday, 9 May 2013

the feel when I met her now


cukuplah dgn kata2 yang cukup menghiris itu.
aku mencari teman yg mengingatkan bukan yang memperlekehkan.
aku sudi mengingatkan tp kalau kpd hati yg tidak mahu menerima peringatan,
aku juga buntu.

kau selalu disisi sedari awal lagi,
tidak pernah aku menyesali pembinaan persahabatan itu

namun saat dia menudingkan semua ke arah ku
kau di sisi dia
menyokong perbuatannya
mengia kan kata dia yg saat menghiris hati ini

aku sendiri
berfikir sendiri
patutkah aku hanya sendiri

aku masih mencari sahabat yg mampu mengingati
aku mahu terus di jalan Ilahi
aku mahu seseorang yg sudi menegurku

tapi ku tahu harapan ini sukar di capai
ia hanya impian
tapi mungkin akan di kabulkan

mungkin telah ku temui
mereka yg sejati
berkawan tanpa dengki
sentiasa menasihati
di sebalik kebahagiaan keindahan persahabatan kerana tuhan
yg baru kau cuba kecapi
ada juga jiwa yg tidak puas hati

" you have new friends, then why should you be with us "
hatiku sedih mendengarnya
andainya aku perlu memilih siapa sahabatku
ku yakin Allah akan tunjukkan

aku perlukan sedikit ruang
untuk menmbuang kembali karat2
jahiliyah itu
untuk cuba membersihkan jiwa ini
daripada kata2 carutan yg sering di dengari itu

maafkan kau teman,
aku juga manusia
ada masa turun naiknya

aku tidak memaksa kau untuk memahami
aku cuma memerlukan ruang dan peluang
untuk mencari

cuma aku mahu kau bebaskanlah aku
dari belenggu kehidupanku

ya Allah,, izinkan aku memperbaiki diri
menguatkan hati untuk
terus hidup di jalan MU ini

moga Allah redha

Wednesday, 3 April 2013

masih penuh noda




Pada mereka, aku kelihatan sempurna
Pada mereka aku penuh hikmah
Tetapi, aku juga manusia
Ada saat aku jatuh,
Dan ada masa aku tersungkur
Aku terleka,
Aku terlena
Diri ku ini
Hanya pencipta yg mengerti,

Memang aku, kerna bagiku mereka hanya kawan
Walaupun bukan ajnabi, aku mengerti batas2 itu

Aku hanya membantu mereka
Melancarkan sebuah majlis
Salahkah aku???

Mungkin dosa itu
Memberi petunjuk bahawa,,,
Aku manusia biasa
Memerlukan lagi dakwah yg banyak
Teguran yg bernas,

Hikmah sebuah tarbiyah..
Masih tak mampu ku rasakan

Ya Allah,,,
Aku merasai kehinaan hati ini
Aku merasai kejahilan di dalam dada ini
Dan aku memerlukan tabiyah itu..

“sampaikanlah padaku walau sepotong ayat”
Aku cuba melakukannya
Walaupun aku merasai kelemahan diri
Merasai betapa hinaya diri
Aku malu
Aku tidak sesempurna kata-kataku
Aku tidak seperfect yg maha perfect
Ya Allah, kurniakan aku
Sebuah hati yg bersih
Suci dan murni

Ameen =)

Sunday, 3 March 2013

hikmah kembara tarbih jiwa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



“Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yg bia memisahkan kita
Antara kita semua”

Lagu tema Hikamah Kembara
Saat menyanyikan lagu ini
Tanganku berpaut pd satu badan
Sahabat yg kini aku sayangi
Kerana Dia
Tgn dia juga berpaut padaku
Terasa kasih syg di situ
Sesuatu bergenang di mataku

Allah, sungguh kau mengasihi hubungan ini!!
Walau banyak kali aku mengkhianati
Walau byk kali terasa di khianati
Kau tetap mengizinkan kami
Merasai nikmat mu yg paling manis itu
UKHUWAH KERANA ALLAH

Mungkin segala badai yg terjadi
Membuatkan kami semakin serasi
Untuk bersahabat seikhlas hati
Allahuakbar!!! Indahnya!!!

Hikmah Kembara member seribu satu kenangan
Memori yg cukup indah
Bersama mereka semua
Aku merasa cukup bahagia di sana
Tiada hasad dengki mahupun iri hati yg tertanam

Tiada gurauan yg berlebihan
Tiada senda yg menyakitkan
Tiada kata yg boleh merosakkan iman
Bahkan
Segala ucapan dari mereka
Ibarat teguran daripada Sang Pencipta
Perbincangan bersama mereka
Ibarat di taman syurga

Ya Allah,
Engkau mengetahui hati2 ini,
Telah berkumpul kerana kasihkanMu
Bertemu dan patuh padaMu
Bersatu memikul dakwahMu
Hati2 ini telah berjanji setia
Mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yg sebenar
Limpahkan dengan cahaya RabbaniMu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman...

Semoga bertemu di syurga...
Amiin!!

Monday, 11 February 2013

rasa itu =)


Terasa sayu saat perpisahan itu berlaku.
O Allah.. Aku ingin sentiasa bersama mereka.

JDK 2013..

Permulaan bagiku. Menjadi urus setia. Menambah pengalaman ku.

Walaupun hanya kerja yg mudah,, namun, byk juga yg aku temui.

Tetapi,, hanya sedikit yg dpt di gali.
Tanggal 26 Jan,, Allah izin aku dtg ke kem Bumi Jati itu.

Ya,, pernah hatiku berbicara aku mahu mengikuti kem ini. Dan Alhamdulillah.
Allah maha dengar dan maha mengabulkan permintaan hamba2Nya.. =)
Seronok tak terrperi.. hanya Dia yg maha Tahu. Semangat ku membara kerana mahu menimba ilmu.

Pada hari ini,, aku menemui mereka2 yg sungguh tinggi ilmunya,
Tinggi juga amal ibadatnya. Sungguh,, hatiku syahdu melihat mereka. Kagum dgn kewarakan mereka.
Lantas aku berdoa,, semoga menjadi seperti mereka.. Ameen.
Perkenalan ku dengan seorang ukhti bernama Ummu Ilyani, pada mulanya aku merasakan kakak ini sungguh mengganggu ku.

Astaghfirullah.. mungkin pada masa itu, sama sama baru dan tiada apa apa yg mampu di lakukan.
Mendengar arahan yg berlainan dari sana dan sini
Cukup mengganggu fikiran bagi aku yg lemah iman.

Dengan pengalaman yg dia miliki. Dia berusaha membimbing kami.
Ya, kami bertiga, 3 of us. Aku, fikah dan tasnim.
Semakin lama terasa semakin dekat. Hati terasa semakin selesa dan tenang.
Benarlah,, saat mengingati Allah itu,, hati benar2 terkesan..
Kak Ani,, terima kasih byk2. Sungguh memahami dan caring orgnya..

Dan paling mengagumkan, beliau seorang yg benar2 lembut dan tenang dlm setiap tindakan

Bicaranya, SubhanaAllah, meruntun jiwa, bait2 yg keluar juga sungguh sopan,

Perilakunya lembut dan seorang yg sangat KEMAS.

Melihat peribadi Kak Ani yg bakal walimah itu,, membuat aku tertanya..?

Bilakan aku bakal menjadi lembut macam seorang perempuan seperti Kak Ani...? hehe

Speechless. Pak cik sabarudin, pengerrusi kami, sering bercerita tentang kehidupan. Seronok

Dan yang paling best sekali, dia mengajarkan kami, persediaan untuk ke alam rumah tangga hehe

Teringat kata2 pakcik Ibrahim, lelaki kasih sayang mereka ibarat kek, andai bertambah bilangan org yg disayangi, bertambah besar size kek itu.
Tapi perempuan, kasih sayang mereka ibarat kek yg memang sudah fix sizenya, dan ia akan dibahagi-bahagi untuk org di sekelilingnya.
Ohh,, patutlah, lelaki boleh kahwin empat!! Itulah fitrah yg sempurna yg Allah ciptakan.
Namun, pakcik nasihatkan,, kalau dah walimah jaga suami betul2,, ikat hati dia. Jgn kurangkan kasih syg terhadapnya dan keprihatinan terhadapnya juga. Kerana tiada wanita yg sanggup berkongsi kasih.

Dan kemudian,, aku semakin yakin, untuk memperbaiki diri sebelum menemui jalan kepada Ilahi. Ya Allah,, izinkalah diri ini menjadi hamba yg benar2 abdi kepada MU.
Hari khamis,, 2 org drpd 4 urusetia bakal pergi. Seorang pergi dan akan kembali berkhidmat. 

Namun, lagi seorang, pergi dan mungkin tiada kembali untuk berurus setia.

Kak Ani.. saat kepergiannya,, hati benar2 tersentuh. Mengharap duduk di situ selamanya bersama beliau. Seorang kakak yg ckup baik. Masa salam kak Ani, bersungguh-sungguh beliau berkata untuk mengajak aku berjumpa lagi. Seakan yakin kita bakal bertemu lagi. Ya,, InsyaAllah di syurga nanti...

Dan tasnim. Sahabat yg menyatukan hati kami, aku dan afikah. Seandainya tiada tasnim, mungkin sukar untuk aku dan afikah bersatu. Parut kami bagaikan mahu berdarah kembali. 
Byk peristiwa yg membuat hati tersentuh.

Fikah,, saya tidak mampu membuat awak tersenyum girang. Saya juga tidak mampu membuat awak bahagia. Apa yang boleh sy buat ialah menemani awak, berada di samping awak. pada apa2 waktu sekalipun. Benar,, waktu ini Allah nak uji persahabatan ini. Dan saya akui sebenarnya masih rapuh. Allah,, kuatkan ikatan hati kami!! Ameen

semoga Allah tautkan hati kami dan semoga persahabatan kami semua kekal sampai Syurga!

Friday, 25 January 2013

Sorry~


Praanggg...

Ya Allah...!!!!!

satu rumah kecoh... Allahuakbar!!!

tadi saya baru selesai memecahkan teko... hehehe..!!

benda pertama saya takutkan ialah.... entah,, tiada perasaan.

kerana saya yakin,, semuanya sebab saya ni banyak buat dosa..

inilah kifarah dosa yg patut saya rasa sekarang...

astaghfirullahalazim..

lepas tu,, umi marah,, dia kata daripada tadi dia nampak dan dengar saya buat kerja dengan sangat ganas.. macam2 bunyi,, dan akhirnya.... teko pun pecah.... ohh sorry mummy...

satu sahaja,,, kenapa??

= "apa yang pecah??? kenapa teruk sangat bunyi tu???"

kenapa tidakk..
= " nabilah ok tak?? bunyi teruk tu?? apa yang pecah? luka tak???"

saya sedih.... kenapa,,,?? semua marah saya sebab tidak berhati-hati..
tapi,, tiada siapa hiraukan apa yg terjadi pada saya..

hanya kerana TEKO...


umi abah,, izinkan saya pergi untuk beberapa hari..

biarlah saya mencari ilmu sendiri..
memperbetulkan segala kekurangan diri

semoga rindu yg bakal terbit,, mengubat luka di hati..

maafkan ana tidak dapat menjadi anak yg baik,,
tidak mampu menjadi anak yg membanggakan

ya Allah,, kau dekatkanlah hati org tuaku kepadaMu
tekadkanlah keyakinan mereka hanya pada Mu..

Assalamualaikum..~


Layakkah??


Dengan nama Allah...

Kemas2 beg, terjumpa surat cinta..

Malam terakhir di Lenggong.
Kak Yat suruh semua org tunduk pejamkan mata dalam keadaan gelap.
Kenangkan segala peristiwa yg dah berlaku selama 4 hari itu...
Saya???
Tertidur... tak mampu menahan kemengantukan itu..
Maaf kak Yat. Hehe
Lepas tu masa buka mata, tertanya apakah function nya.
Sibuk saya bertanya kepada org keliling, apakah yg kak Yat suruh buat..
Hehe. Malu pun ada.
Kemudian, kami di beri beberapa helai kertas.
“tuliskan surat cinta kepada seseorang yg anda rasa layak untuk menerimanya”
Huh?? Siapakah yg layak??
Mahukah dia menerima surat cinta daripada ku ini???
Dan layak ke saya dapat surat cinta itu??
Kat kertas2 semuanya saya tulis,
“terima kasih untuk segalanya, love you..”
Haha dah kata surat cinta kan. Hehe.
Pemiliknya??? Entah.
Saya cuma tulis.. memenuhi kehendak kak Yat sebab masa tu tengah ngantuk + mamai sangattt...

Dan tak di sangka,, saya dapat 2 surat cinta.
Pertama, dari sahabat yg saya kenal lama.
Kedua, dari sahabat yg saya baru kenal.
Serious, nak nangis masa baca surat yg kedua tu.
Ayat dia buat saya terharu. Allah,, ada juga org yg menghargai diri ini.
Saya sendiri tidak tahu kenapa saya berkawan dengan beliau pada mulanya.
Tapi saya tetapkan niat kerana Dia. Alhamdulillah......

LILO,,
Saya sayang awak. masa mula2 jumpa awak tu pun saya tahu awak juga baik. Betul serious tak tipu..!! benda pertama saya pelik dgn awak is kenapa awak kata nama awak LILO??? Saya terkejut.  Ok it’s just a nickname. Hehe.
“putri,
-First time jumpe nampak awak budak baik =)
-thanks ajar saye mcm mane nak buat solat jamak. Org p’tama y dpt ajar sya dan sye faham. Hehe
-You’re a good girl.
Nanti jumpa dekat kolej tegur2 ok.”

Hehe. Saya rasa sedih. Kenapa?? Sebab org pandang saya tinggi, tapi attitude saya, saya rasa hampeh. Buruk sangat kan..?? saya tidak berjaya menjadi seorang dae’i.
Sepanjang kem. Saya tidaka mempu mempertahankan hak sahabat2 sebagai muslim.
Sepanjang kem, saya tidak berusaha mengeratkan silaturrahim.
Sepanjang kem, saya tidak cuba sebarkan ayat2 cinta drpd Allah...

Persoalannya,, LAYAKKAH saya?? Layakkah saya menerima title budak baik itu?? Saya sedih bila ada yg kata saya begitu.
LAYAKKAH saya ke syurgaNya dengan amalan saya??
Layakkah saya??

Bertimbun dosa saya. Allah nak ajar saya, sebab tu Dia masukkan saya dalam kem ni. Yg mana tempatnya semua manusia mementingkan diri, dan hanya segelintir yg mempedulikan rakan.

Dan Alhamdulillah, di sisi saya mereka yg baik.
Sampai rumah,, sakit badan. Satu badan, rasa macam muscle nak tumbuh,, hahaaa
Nak cerita kat dia pengalaman.
Rindu adik..
Serious... ^_^