Pada mereka, aku kelihatan sempurna
Pada mereka aku penuh hikmah
Tetapi, aku juga manusia
Ada saat aku jatuh,
Dan ada masa aku tersungkur
Aku terleka,
Aku terlena
Diri ku ini
Hanya pencipta yg mengerti,
Memang aku, kerna bagiku mereka hanya kawan
Walaupun bukan ajnabi, aku mengerti batas2 itu
Aku hanya membantu mereka
Melancarkan sebuah majlis
Salahkah aku???
Mungkin dosa itu
Memberi petunjuk bahawa,,,
Aku manusia biasa
Memerlukan lagi dakwah yg banyak
Teguran yg bernas,
Hikmah sebuah tarbiyah..
Masih tak mampu ku rasakan
Ya Allah,,,
Aku merasai kehinaan hati ini
Aku merasai kejahilan di dalam dada ini
Dan aku memerlukan tabiyah itu..
“sampaikanlah padaku walau sepotong ayat”
Aku cuba melakukannya
Walaupun aku merasai kelemahan diri
Merasai betapa hinaya diri
Aku malu
Aku tidak sesempurna kata-kataku
Aku tidak seperfect yg maha perfect
Ya Allah, kurniakan aku
Sebuah hati yg bersih
Suci dan murni
Ameen =)
No comments:
Post a Comment