semalam selepas jumpa kakak kesayangan, pergi menyibuk kat bilik sahat tercinta. wahh.. betul lah, sayang awak sangat-sangat sebab Allah. awak banyak ajar saya erti kehidupan yang sebenar. walaupun nak lepak-lepak je. tapi saya dapat sesuatu. dah kenyang makan nasi ayam, dapat pulak makanan untuk hati. hee~
seronoklah bila dapat hidup dalam suasana saling mengingati ni. tegur bila salah. puji bila betul? hehe, taklah, yang baik tu diikut. apa yang di bincangkan adalah cara menarik orang ke jalan Islam. lebih kuranglah.
ada orang yang sangat ekstrem dengan Islam. pakai tudung labuh, solat tak pernah tinggal, amalkan amar makruf nahi mungkar. tapi tersalah cara. mengamalkan yang baik dan mencegah melakukan kemungkaran. ye, kemungkaran. ramai yang buat. cuba cakap, siapa yang tak teringin buat benda jahat? best apa? tak perlu susah menjaga. ini tak boleh itu tak boleh. tapi kan Allah tak bagi. kalau Allah tak bagi mesti ada sebab. dan akan adda ganjaran kalau kita berjaya menahan diri daripada melakukan perkara mungkar. syurga. sabarlah sayang, diakhirnya nanti semuanya boleh buat. InsyaAllah.
saya ada sahabat yang agak kurang dapat pendedahan tentang agama, bukan soranglah, tapi ramai kot. nak dibandingkan dengan sorang yang sangat saya jadikan idola amalannya. bukan niat memburukkan, tapi sekadar pengajaran. sangat seronok bila tengok orang buat kebajikan tapi terasa sakit bila melihat orang buat jahat. yes, semua orang pun macam tu. satu je masalah kat diri dia, dia kurang arif dalam mencegah kemungkaran. mungkin tersalah konsep. sebab, apa yang diperhatikan, dia suka menyindir sahabat saya yang kurang itu depan saya. somestime macam nak korek rahsia keburukan orang itu. entahlah tak faham. biasalah kalau orang tu couple, nanti dia cakap "menyampah lah tengok diorang tu" . dua-dua sahabat saya, tapi bayang kan kalau ada yang mengutuk sahabat sendiri. apa nak cakap. saya pun diam jela. tak sangup untuk menambah perasa. sepatutnya, beliau tak bolehlah berkata macam itu. dari depan terang dah boleh nampak, dia itu memerllukan bimbingan. kenapa tak pernah cuba memahami dan mendekati.
betullah tak semua orang sempurna. saya menyanjungi awak dengan kebaikan dan keikhlasan amalan awak, pada masa yang sama saya tak suka cara awak melayan orang yang perlu diberi perhatian lebih ini. teringat insiden satu petang. masa bermain badminton tu, awak macam tak suka saya ajak dia. lepas tu awak blah. what? rasa bersalah jugaklah sebab memang saya yang ajak dia. tapi saya teeruskan main dengan dia dan awak main dengan yang lain.
kata sahabat yang tercinta, kita tak boleh tegur orang terus macam itu je, kena ada step. first, create the bond. the that will never break. then, create the bond to the most powerful Allah. hope that she will be giuded. bond dengan Allah lah yang paling penting. bila sempurna hubungan dengan Dia maka automatically, sempurnalah yang lain. tak payah ajar sebab itu memang akan jadi kesedaran untuk diri sendiri. hebat tak kalau bercinta dengan Allah. lagi hebat daripada dengan manusia. kalau kita sakit, bf/gf tu tahu ke kita tengah sakit, unless kita yang bagitahu dia. tapi Allah dah tahu. sebab dia yang bagi sakit tu. dia sayang kita. dia nak kita ingat Dia. sebab bila sakit barulah manusia akan ingat kat tuhan kan,,,? lagi, sakit tu penghapus dosa. dia nak hapuskan dosa kita biar chance kita nak masuk syurga Dia yang indah tu tinggi sikit. wahh.. wallahua'lam
saya tengah cuba. harap usaha ini akan berjaya. musnah kan power of angau..!hehehe