Assalamualaikum
semalam ana berjumpa seorang sahabat,
ada sesuatu memanggil ana datang ke biliknya
"assalamualaikum" ana mulakan
namun tiada jawapan
"kau mahu apa?"
"tiada apa-apa. nak tengok kau je"
"aku ada meeting lepas ini"
ana faham
tapi ana nak cakap dengan enti jugak
tapi ana tak mampu
sahabatku,
lemahnya aku sebab membiarkan kau jadi begitu
lemahnya aku tidak pernah menegurmu
lemahnya aku hanya memandang kesilapanmu
lemahnya aku lambat menarik mu
disebabkan kelemahan aku itulah
kau pergi jauh dari aku
kau sangat jauh
dan aku masih belum mampu untuk menarik kau
aku masih tak dapat nak cari kau.
namun semalam, aku sempat berkata
"sekarang kau asyik dengan dia je"
dan kau tersenyum
senyuman yang bahagia
bagaikan indahnya dosa
menjalin ikatan cinta
adakah kau memahami maksudku,
aku cuba menegurmu
andai kau terasa
ubahlah sayang
izinkan aku menyelami hatimu
bukakanlah pintu untuk rahmat Allah
aku tak mampu untuk mendesak
aku hanya berusaha menarik kau
sampai kau sendiri yang berjalan beriringan bersama aku..
*aku akan cuba sayang!aku janji, dengan lagi berapa bulan aku akan cuba kerana Allah bersamaku..!
No comments:
Post a Comment