Monday, 10 December 2012
kerana tudung?
Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha penyayang,
aku masih lagi diizinkan hidup di sini.
Dengan nikmatnya, aku masih bisa menghirup udara dan mengecapi kebahagiaan dunia ini,
moga tidak melalaikan.
Alhamdulilah, pengalaman berkeluarga angkat di Penang, sukar untuk di lupakan.
merindui, Tok, Makcik dan Acu. pertemuan singkat ini, memang membekas di hatiku.
layanan mereka, Subhanallh, cukup indah. Moga Allah membalas kebaikan mereka.
Lupa akan penampilan diri, di panggil 'ustazah'.
Dia menegur ku yg agak kasar. Maaf, jujur, aku tidak suka cara kau.
seperti tidak menghormati aku sebagai perempuan.
mungkin hanya itu yg mampu buat kau sedar, aku ada maruah yg perlu dipertahankan
aku ada sahabat yg perlu dilindungi.
kau hidangkan aku dengan jenaka bodoh kau itu
aku tersenyum kerana kebodohan ku
kau kata aku tidak layak berkawan
dengna dia hanya kerana aku dan dia bagai langit dan bumi.
kau tuduh aku yg bukan2.
bagai aku pendatangkan fitnah kepada Islam.
kau mengutuk sahabatku itu.
pernahkah kau nampak kebaikan dia?
pernahkah kau bersama dia,
tujuan kau mendekati dia,
hanya kerana nafsu?
kau datang menguji aku.
dan aku kau panggil penipu.
pada mulanya aku berusaha untuk menyelamatkan sahabat.
biarlah, aku sanggup di gelar penipu untuk itu.
biarpun aku dan dia berbeza, dia sahabat aku
tanggungjawab aku
'kau tak nak back up diri kau ? dia cakap kau macam tu'
tidak.
aku ada maruah.
sia2 aku berkata-kata pada org macam dia.
soal aku, hanya Allah yg tahu,
antara aku dan Allah, kekasih abadiku.
Allah, aku sayangkan dia.
kenapa dia diuji begitu?
kasihan dia.
kau memandang tinggi padaku. kenapa? adakah kerana tudung itu?
aku hanya mahu membuktikan, walaupun penampilan nampak sempurna
hati penuh noda,
iman sungguh nipis,
buktinya, aku tidak mampu membantu dia.
saat dia tengah keliru.
aku merasai segalanya gagal
aku gagal. maaf sahabat, aku tidak berupaya melindungi awak.
awak. seronok dengan mereka
awak. ajak aku bersama mereka.
air mata menitis. awak buat2 faham. cuba mengerti.
aku menangis bukan kerana aku terpaksa atau di paksa.
tetapi aku menangis, kerana mengakui imanku tidak cukup kuat untuk menetapkan perkara yg ak tidak boleh dan tidak sepatutnya buat.
seorang ikhwah, seakan berusaha meng'create' kan title sahabat
aku menolak.
maaf, aku tidak cukup kuat untuk itu.
alasan untuk kita berkawan juga tiada di situ
bagiku, biarlah bila ada urusan sahaja kita berhubung.
aku tidak mahu merosakkan hati sucimu
aku tidak mahu melukakan hati mu.
pergilah ikhwah, carilah dia yg lebih sempurna.
terakhir, sahbatku sayang,
sedarlah, aku sedang cuba untuk membantu kau,
aku sentiassa berharap, kau bantu lah dirimu ke jalan syara'
tinggalkan cinta selain Dia,
lupakan segalanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment