Wednesday, 12 December 2012

enough, bye

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



Selamat tinggal semua.

Perlukah ungkapan selamat tinggal itu?

Aku merasakan tidak perlu. Kerana kita semua pasti akan berjumpa kembali.

Cukuplah kan hubungan kita atas dasar kerja.

Jamuan perpisahan?

Aku tidak suka diriku dikenali.

Aku tidak senang namaku di bibir2 mereka yg lawan jantina daripada ku itu.

Tidak pernah aku harap untuk menjadi perhatian sesiapa pun.

Aku cuba sedaya upaya menjadi diriku dalam apa jua keadaan

Kerana aku tahu, aku tidak sempurna,

Jadi tiada siapa yg akan mendekatiku.

Namun, semuanya di salah tafsirkan.

Mereka melihat itu sebagai satu kelainan

Cukuplah aku terasa memalukan diriku sendiri di hadapan mereka.

Mereka kata aku di pengaruhi dia yg sentiasa di sampingku

Tapi sebenarnya aku cuba untuk membantu dia dan mereka

Tanggungjawab yang mana mereka tolak.

Aku ambil.

Tidak sanggup aku melihat mereka2 itu.

Cukuplah bagi aku, ‘ Astghfirullahala’zim’ itu keluar dari mulut mereka

Semoga terkesan di hati mereka sampai bila2.

Allah, mereka ada potensi besar untuk agama ini,

Bantulah mereka ke jalan Mu...

Terima kasih sahabat atas segalanya

Alhamdulillah, kau datangkan aku seorang sahabat

Yang begitu baik pekertinya

Yang begitu memahami diri ini

Yang menerima kelemahan jiwa ini..

#aku mesti kuat dalam Islam!! Allah bantu aku!!

No comments:

Post a Comment