Fitrah
Apabila berlawanan jantina tertarik antara satu sama lain
Dinamakan CINTA
Namun apakah erti cinta itu sendiri
Adakah berpelukan, berciuman itu di namakan cinta
Kasihan melihat manusia sekarang
Tambahan remaja
Kebanyakannya salah mengekspresikan cinta
Bila jatuh cinta, hati gundah gulana
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah
Tapi itu ke cara orang beriman bila jatuh cinta?
Check diri semula, mungkin sebab tidak pernah jatuh cinta
Saya kurang faham apa rasanya
Mungkin sebab tidak pernah bercinta
Saya tidak dapat merasai nikmatnya
Tetapi saya cintakan pencipta saya
Orang kata saya rugi sebab tidak membalas cinta dari mereka
Tapi bagi saya macam tu ke cinta?
Saya tidak mengerti,
Kerana bagi saya cinta hanya dibenarkan apabila ada ikatan
yang sah
Jatuh cinta tidak salah, tapi cara bercinta itu yang salah
Bila cinta di ungkapkan kepada seseorang yang bukan sesiapa
baginya
Yang tidak pasti takdirnya
Harga diri pula menjadi terlalu murah dengan janji palsu itu
Janji yang berlandakan nafsu yang bisa di mungkiri bila-bila
masa sahaja
Apabila segalanya tergadai kerana cinta,
Masing-masing menyalahkan masing-masing
Ada yang melepaskan tangan menafikan tanggungjawab
Kasihan mereka,
Jadi, itukah cinta?
Cinta yang sebenar ialah apabila kita mencintai seseorang
itu kerana Allah
Dan juga untuk agama, bila dah berkenan,
Gunalah jalan keberkatan, jumpalah keluarga dia,
Minta izin pada walinya, tak ke sweet bila buat macam tu,
Lepas tu, bila dah lafazkan janji dekat Allah,
Tunaikanlah hak masing-masing,
Laksanakanlah tnaggungjawab seikhlas yang mungkin
Terasa indah apabila cinta Allah itu di utamakan,
Cantiknya kehidupan,
Itulah tujuan sebenar,
Bahagia
sampai ke syurga.......
No comments:
Post a Comment