Thursday, 27 September 2012

terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

akhirnya saya kembali ke baiti jannati dengan izinNya. hati gembira sebenarnya dapat duduk rumah. bersama umi abah.. nak nangis pun ada. sebab terasa bahagia berada di rumah. hampir 3 minggu tidak pulang. kerana assignment kot. entah, tapi diri ini sentiasa rasa waktu itu perlu di isi dengan study. 
akhirnya Allah datang sakit itu supaya pulang ke rumah. mungkin permintaan umi abah untuk bersama saya di makbulkan tapi dengan cara yang susah sedikit. dari kecil, rasanya saya ini memang sentiasa menyusahkan. ada je perkara yang pelik2 berlaku kat saya. hehehe
saya rindukan roomates saya yang dulu di G401. series! walaupun macam2 terjadi antara kami, tapi ikatan tu macam kuat. 
=masa saya sakit, semua org risau.
=dengar saya mengigau, ke, mesti akan ada org jenguk kat partition saya. tengok keadaan saya.
=rasa badan saya panas atau tak
=tanya saya dah makan
=tanya saya dah makan ubat ke belum.

tapi sekarang roomates dah jd roomate je. dan masa saya sakit, tidak pernah pun dia endahkan saya. series, terasa giler time tu. saya demam punyalah panas, dia diam je. datang dekat saya pun tak. ok fine! saya rasa macam dah malas nak buat baik dengan dia. semua benda saya dah jadi macam barang dia lepas tu, dia biar je saya. sejujurnya saya semakin benci dan menyampah dengan dia. kalau boleh saya tak nak duduk bilik tu. saya benci duduk situ!!

ok lupakan. saya memang begitu. lupakan dia. saya sebenarnya memang seorang diri di dalam bilik itu kaaan.. tak apalah. semoga tahun depan, saya dapat duduk dengan sahabat yang lebih baik, yang mengenal apa itu erti saudara sesama islam.

hari ni dia bakal pergi, meneruskan perjuangan seorang daei'.. husna.. mungkin ini yang terbaik untuk awak.. mungkin saya demam sebab pemergian awak kali ni membuat kan diri kita jauh. tapi mungkin pemergian ini juga mampu mengikat+ merapatkan hati kita.. amiin..

No comments:

Post a Comment