Tuesday, 2 October 2012
sendiri??
dan hari ini saya sendiri. anda, anda, anda dan anda, semua dah pergi..... sejujurnya, hati ini sunyi, rindu dengan kenangan itu. jika boleh tidak mahu diri meninggalkan masa itu. jika boleh, ingin pula diri mengubah waktu itu supaya menjadi lebih sempurna.. namun, inilah suratan takdir Ilahi. tiada yang bisa melawannya. tiada yang boleh menolak dan menafikannya.
Allah, adakah semua ini kerana saya telah bersedia? saya tak nampak di manakah sedianya saya. saya sedih bila semua orang tinggalkan saya. husna, awak dah jauh.......... jauh sangat. afifah pun begitu.. dan kakak tercinta saya, Kak Am... pun sama... mungkin disebabkan saya dah tak berhalaqah dengan kak am, kami jarang berjumpa. kenapalah kak Am tak nak bagi saya berhalaqah dengan dia.
mungkin ini proses ke sana. tapi, sukar sebenarnya untuk melaluinya. semakin lama, semakin berat terasa. di kelilingi pula dengan ujian dunia. memang berat. tapi, di sebalik ini, ada rahmat mendatang.
Ya Allah, kuatkanlah aku, semoga tarbiah yang aku dapat ini membantu ku di jalan ini. semoga ilmu yang di terapkan mampu menguatkan hati dan jiwaku. dan semoga dakwah yang bakal di sampaikan mampu menusuk hati mereka yang di tuju........... Amiin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment