بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
Allahuakbar!
Ada hadith nabi kata, pernikahan yg di berkati ialah
perkahwinan yang rendah nilai maharnya. Is the ceremony including in the mahar?
Entahlah. Saya tidak berpengalaman. Hehe. Cuma, untuk entry kali ini saya
teruja nak cerita pasal kahwin pulak. Hehehe. Am I ready? Haha insyaAllah.
Berangan jap.. hm.. beberapa minggu yang lepas, saya cuba menelusuri kehidupaan
seseorang. Saya tidak berjumpa dengan dia. Tapi, saya tahu mengenai dia melalui
facebook. Al maklumlah, rasanya dia buat fb tu macam diary dia kot. Habis semua
cerita di post kan.
Masa mula2 accept dia menjadi friend, saya rasa kesian
pulak. Kerana kami dulu pernah berjuang bersama. Rasa syukur kejap,
Alhamdulillah.. nak dipendekkan cerita, beberapa minggu yg lepas, sebelum
berpuasa rasanya, ada satu post yg menyatakan, dia mahu berkahwin. Sebetulnya,
sebagai sahabat, saya ada instinct bahawasanya, bakal suami yg bakal dikahwini
tu, not the suitable one. Pernah masa mula2 dia bercouple dgn lelaki itu, saya
menyatakan pendapat saya. Tapi, apa yg mampu, Allah tu lagi hebat, the power of
angau tu, menutupi nasihat saya daripada meresap di dalam hati. Hehe.
Dan selepas selamat di ijab qabulkan, saya dapat merasakan
betapa gembiranya dia bersama suami tercinta kerana dapat menghalalkan hubungan
yg selama ini haram tetapi di halalkan untuk nafsu sendiri. Begitulah, jika
cinta di nodai sebelum sahnya si dia untuk di cintai, Allah akan membalasnya.
Jika perkara haram di halalkan mengikut nafsu, cinta selepas kahwin tu rasanya
macam dah tak de feel. Sebabnya, rasa macam, tak ada perkara istimewa yang kita
dapat rasa melalui si dia bila kita kahwin dengan dia kerana segalanya sudah di
rasai sebelum waktunya lagi. Saya punya menganggap Allah nak tunjukkan ini
kepada saya, bahawasanya, walaupun nampak orang yang bercinta tu seronok +
bahagia, tak mustahil esok lusa, rasa cinta tu Allah tarik balik kan? Jadi tak
salah kan kalau simpan sahaja dulu perasaan tu untuk orang yang sepatutnya?
Tahan segala nafsu dan perasaan buat pendamping/pemimpin yang dah jelas buat
kita.
Setiap hari, ada sahaja masalah yang di postkan, kadang2
naik meluat juga saya rasa. Tapi sebenarnya rasa kasihan itu lebih. Yelah,
bayangkan, segala cerita yg sepatutnya di simpan dia dan hubbynya menjadi
tatapa semua org. Kenapa? Sejujurnya dia sunyi. Bila dia buat begitu akan ada
lelaki2 dan perempuan yg (rasanya mostly lelaki kott) akan bertanya. Then when
her husband see that comment, he will know about his wife feeling and feel
embarrass because his weakness dalam melayarkan bahtera itu. Itu cara dia
menunjukkan perasaan dia. Terus terang, SALAH tau.
Dalam alquran Allah cakap, suami itu pakaian bagi si isteri
dan isteri itu pakaian suami. See? Jelas lagi ternyata, masing2 menutup masing2
kan? Kenapa pakai baju? Macam tu jugalah kenapa kahwin? Kenapa Allah cakap
macam tu. Nampak sangat segala apa yg ada dalam rumahtangga itu perlu
dirahsiakan melainkan dalam keadaan yg tertentu. Jadi mengapa di canangkan
masalah kepada semua orang.
Kasihan mereka. Dua dua tidak memahami konsep perkahwinan
dalam islam. Yg remeh pun belum tentu, inikan pula alam rumahtangga yg byk
dugaan nya. Semoga kalian mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah. Harap mereka
sedar akan kekurangan mereka. Amiin...
Kelmarin saya.. hehehe.. sangat menguji iman.. ya Allah,
mudahkan aku!
No comments:
Post a Comment