Monday, 12 November 2012

Unexpected test


                             بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Terngiang-ngiang lagu Simfoni remaja..
terbayang semangat melaungkan lagu Adakah Kau Lupa.

Terasa rindu berada dalam kalangan mereka2.
Indahnya perasaan, bahagia tak terkira.
Alhamdulillah, Allah izin.

                Seronok, tak terkira. Tak mampu diungkapkan. Hanya senyuman yg mampu ku utarakan. Biarpun tergadai masa dan tenaga, tapi asal namanya atas Islam, aku tidak peduli. Kerana, kepuasan berada di jalan ini hanya Allah yg memahaminya. Aku seronok bergerak atas jalan dakwah ini. Semoga Allah redha.

Ya Allah, aku terlalu rindu pada seorang sahabatku. Yang jauh itu ya Allah. Kau bantulah dia dimana sahaja dia berada. Sh Husna, saya sentiasa berharap awak di sisi, saya sentiasa rasa saat2 sekarang andainya awak di sini. setiap keputusan saya, saya terbayangkan awak, dan bila ada awak, Allah lah yg saya ingatkan.
Semakin lama, kehidupan semakin rumit. Ujian demi ujian, bg menguatkan keimanan datang. Satu demi satu masalah menimpa. Keluhan yang hanya Allah memahaminya. Tapi, di sebalik segalanya, terselit kebahagiaan di akhirnya, kerana kepuasan melalui ujian di atas jalan syarak, sungguh indah. Subhanallah.

Semuanya dengan izin Dia. Kun Fayakun, dan berlakulah segalanya tanpa diduga atas rancangan Dia yang cukup sempurna. Teringat, suatu petang, hati berbunga-bunga ingin bertemu ummi abah tercinta, berkongsi pengalaman berKOBAR yang berakhir beberapa jam sebelum itu. Sebaik masuk kereta, suasana cukup hening, hati terkejut, terkedu, mendengar berita yg baru sahaja di khabarkan. Allah, berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan mereka. Alhamdulillah, Allah izin jiwa kuat waktu itu. Tapi, bila kereta hilang dari pandangan, bercurah-curah, air itu gugur. Sungguh, aku tak tahan. Ujian apakah lagi yang menimpamu ini, Ummi? Namun aku yakin, inilah ujian penguat jiwa buat mereka berdua, ummi dan abah, saat dua-dua permata mereka berada berjauhan dari rumah. Sedih. Tak terkira. Jiwa kacau. Allah datangkan Aretha, sebagai peneman, pendengar perasaa. Terima kasih. Saat itu, aku merasa cukup kuat bersama Aretha. Bagai Allah redha persahabatan ini.
Hari-hariku bersama dia, semakin mencapai tahap kebosanan. Allah, maafkan aku sahabat. Hatimu sungguh keras. Saat dihadapan, kau bersikap lain, bagai menjaga hati. Namun, di belakang, kau ibarat orang lain. Aku mencuba membina jambatan hati itu, tapi, ditengah jalan, terasa bagai ia runtuh. Sering sahaja susah untuk menyiapkannya. Ya Allah, aku mohon pertolongan. Dia sahabatku yg aku sayangi keranaMu. Sedari mula aku di sini, Allah datangkan aku dia. Aku tidak pasti apakah objektif nya. Namun aku tahu, ada tugas di situ. Semoga hati ini sentiasa kuat untuk sentiasa bersamanya. Dia ada cinta lain yg terrselit di hatinya, jadi mungkin itu menjadi penghalang. Aku tidak mampu memusnahkannya tanpa izinMu.

Pada mulanya aku rasa sudah senang kerana dia semakin mulai memahami fikrah Islam itu. Tetapi, saat hati merasa rilex dengan tanggungjawab, merasakan ianya hampir selesai, datang pula sahabat lain. Yang memerlukan Dia. Hati terasa sangat selesa berada dengannya, semoga dia juga begitu. ya Allah, bersihkan hati dia dan hatiku. Biarkan hati kami bersatu di jalan Mu. Semoga, waktu yang hampir tamat ini, menjadi detik indah aku bersama dia. Dan semoga, dia bisa mencapai fikrah Islam itu. Semoga hati dia terpanggil untuk berjuang di jalanMu.  

Inginku coretkan segala pengalaman disini, tapi biarlah ia tersemat di hati.

Aku sentiasa mengharapkan doa dari kalian, semoga aku kuat ketika berada di sini.

Dan aku sedar aku tidak sendirian. Aku berjuang juga bersama kalian, menegakkan seruan.

Semoga kita kuat di medan yg penuh cabaran ini.

Teringat kata2 seorang kakak: “biarlah awak disini, menjadi pelapis buat kami.”

Terasa terharu dan sedar, tanggungjawab semakin besar.

Allah biarkan mereka-mereka pergi, kerana Dia tahu, saya mampu di sini.

Jadi Allah latih saya. Untuk menjadi kuat berjuang di jalanNya.

Dan doakan saya, saya tidak mampu tanpa kekuatan doa dari nada semua. Kerana saya juga 
manusia.

Hamba yang lemah lagi hina.

No comments:

Post a Comment