Tuesday, 27 March 2012
sayatakmampuberseorangan
pagi tadi saya keluar awal..dengan hasrat untuk ke bank.
'awak saya pergi dulu tau, nak pergi bank,' rasa macam mintak izin kat mak pulak.
'ok, pergi dengan siapa? sorang ke?' tanya beliau.
'ha'ah,'jawab saya ringkas sambil ambil kasut teruskan keluar untuk memutuskan perbualan.
tiba-tiba kamu keluar dengan tergopoh-gopoh, "kenapa tak cakap nak pergi bank?"
saya:????????(muka blur)
dlam hati,:takkan semuanya nak kena cakap dengan kamu??
kalau nak pergi, pergilah sendiri, kamu yang tak ajak saya tw x??
apela...dengan muka blur tu saya senyum dan pergi je...*speechless
hmm.....saya pun jalan sorang-sorang g bank..
masa kat bank, ada orang tunggu saya, dia ajak pergi kelas sama2...saya buat-buat lambat nak biar dia pergi dulu tapi dia tunggu jugak....
saya pun,"eh, saya ingat nak pergi kedai kat belakang tulah," hee muka org pndai berlakon...
dia: ha, oklah, saya pergi dulu...
yeye....saya nak jalan sorang je..saya tak nak mengikut dan di ikuti..
lepastu masa jalan sorang2 saya berfikir, kenapa saaya macam ni..
keliru..
hanya itu yang mampu diungkapkan
aku tak tahu kepada siapa harus ku mengadu..
entah bahu siapa boleh ku sandar..
aku tidak tahu
kepercayaan itu amat sukar untuk aku letakkan
kenapa?
kerana aku pernah dipermainkan
sekali hati ini terlaku amat sukar untuk diri ini memaafkan
ya Allah keras sungguh jiwa ini
tak seperti rasullullah yang sangat baik walaupun di baling tahi
aku tak mampu
sahabat
ukhuwah yang telah aku perbaiki ini macam tak mampu
untuk aku teruskan
kenapa?
aku juga punya perasaan
satu perangai aku yang amat buruk
sensitif
hanya satu
hati ini amat mudah terasa
walaupun ianya hanaylah biasa-biasa bagi awk
pernah sahabat baik menasihati
lantas aku cuba memperbaiki
dan terus memperbaiki
supaya mudah ku untuk ke jalan Ilahi
tanpa ada rasa sakit hati
tempat mengadu ku sekarang hanyalah Allah
tempat bersandarku sekarang hanyalah Allah
tempat meluahkan rasa hati ini sekarang hanyalah Allah
namun Allah telah mendatang kan rasa untuk berkongsi itu
kepada seseorang yang dia percaya
akan menjaga amanah itu
sahabat tercinta itu
aku merasakan dia semakin jauh
kerana aku merasa sering menyusahkan dia
dengan bebanan yang aku ada
tidak mampu aku untuk menyusahkan mu
wahai sahabat tercinta
cukuplah dengan apa yang kau hadapi sekarang
aku merasa bersalah
kerana sering menarik mu
dalam lembah permasalahan ku
maafkanlah aku
akhirnya dah nak sampai kelas...hujan renyai-renyai menemani ku
tanpa payung ku redah
merasa hujan itu memahami cerita ku dan turut bersama menangis menemani hati yang sunyi ini........
*merasa betapa Allah masih sayang akan diri yang lemah ini...Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment