Friday, 25 January 2013

Sorry~


Praanggg...

Ya Allah...!!!!!

satu rumah kecoh... Allahuakbar!!!

tadi saya baru selesai memecahkan teko... hehehe..!!

benda pertama saya takutkan ialah.... entah,, tiada perasaan.

kerana saya yakin,, semuanya sebab saya ni banyak buat dosa..

inilah kifarah dosa yg patut saya rasa sekarang...

astaghfirullahalazim..

lepas tu,, umi marah,, dia kata daripada tadi dia nampak dan dengar saya buat kerja dengan sangat ganas.. macam2 bunyi,, dan akhirnya.... teko pun pecah.... ohh sorry mummy...

satu sahaja,,, kenapa??

= "apa yang pecah??? kenapa teruk sangat bunyi tu???"

kenapa tidakk..
= " nabilah ok tak?? bunyi teruk tu?? apa yang pecah? luka tak???"

saya sedih.... kenapa,,,?? semua marah saya sebab tidak berhati-hati..
tapi,, tiada siapa hiraukan apa yg terjadi pada saya..

hanya kerana TEKO...


umi abah,, izinkan saya pergi untuk beberapa hari..

biarlah saya mencari ilmu sendiri..
memperbetulkan segala kekurangan diri

semoga rindu yg bakal terbit,, mengubat luka di hati..

maafkan ana tidak dapat menjadi anak yg baik,,
tidak mampu menjadi anak yg membanggakan

ya Allah,, kau dekatkanlah hati org tuaku kepadaMu
tekadkanlah keyakinan mereka hanya pada Mu..

Assalamualaikum..~


Layakkah??


Dengan nama Allah...

Kemas2 beg, terjumpa surat cinta..

Malam terakhir di Lenggong.
Kak Yat suruh semua org tunduk pejamkan mata dalam keadaan gelap.
Kenangkan segala peristiwa yg dah berlaku selama 4 hari itu...
Saya???
Tertidur... tak mampu menahan kemengantukan itu..
Maaf kak Yat. Hehe
Lepas tu masa buka mata, tertanya apakah function nya.
Sibuk saya bertanya kepada org keliling, apakah yg kak Yat suruh buat..
Hehe. Malu pun ada.
Kemudian, kami di beri beberapa helai kertas.
“tuliskan surat cinta kepada seseorang yg anda rasa layak untuk menerimanya”
Huh?? Siapakah yg layak??
Mahukah dia menerima surat cinta daripada ku ini???
Dan layak ke saya dapat surat cinta itu??
Kat kertas2 semuanya saya tulis,
“terima kasih untuk segalanya, love you..”
Haha dah kata surat cinta kan. Hehe.
Pemiliknya??? Entah.
Saya cuma tulis.. memenuhi kehendak kak Yat sebab masa tu tengah ngantuk + mamai sangattt...

Dan tak di sangka,, saya dapat 2 surat cinta.
Pertama, dari sahabat yg saya kenal lama.
Kedua, dari sahabat yg saya baru kenal.
Serious, nak nangis masa baca surat yg kedua tu.
Ayat dia buat saya terharu. Allah,, ada juga org yg menghargai diri ini.
Saya sendiri tidak tahu kenapa saya berkawan dengan beliau pada mulanya.
Tapi saya tetapkan niat kerana Dia. Alhamdulillah......

LILO,,
Saya sayang awak. masa mula2 jumpa awak tu pun saya tahu awak juga baik. Betul serious tak tipu..!! benda pertama saya pelik dgn awak is kenapa awak kata nama awak LILO??? Saya terkejut.  Ok it’s just a nickname. Hehe.
“putri,
-First time jumpe nampak awak budak baik =)
-thanks ajar saye mcm mane nak buat solat jamak. Org p’tama y dpt ajar sya dan sye faham. Hehe
-You’re a good girl.
Nanti jumpa dekat kolej tegur2 ok.”

Hehe. Saya rasa sedih. Kenapa?? Sebab org pandang saya tinggi, tapi attitude saya, saya rasa hampeh. Buruk sangat kan..?? saya tidak berjaya menjadi seorang dae’i.
Sepanjang kem. Saya tidaka mempu mempertahankan hak sahabat2 sebagai muslim.
Sepanjang kem, saya tidak berusaha mengeratkan silaturrahim.
Sepanjang kem, saya tidak cuba sebarkan ayat2 cinta drpd Allah...

Persoalannya,, LAYAKKAH saya?? Layakkah saya menerima title budak baik itu?? Saya sedih bila ada yg kata saya begitu.
LAYAKKAH saya ke syurgaNya dengan amalan saya??
Layakkah saya??

Bertimbun dosa saya. Allah nak ajar saya, sebab tu Dia masukkan saya dalam kem ni. Yg mana tempatnya semua manusia mementingkan diri, dan hanya segelintir yg mempedulikan rakan.

Dan Alhamdulillah, di sisi saya mereka yg baik.
Sampai rumah,, sakit badan. Satu badan, rasa macam muscle nak tumbuh,, hahaaa
Nak cerita kat dia pengalaman.
Rindu adik..
Serious... ^_^

Wednesday, 26 December 2012

homesick



abah: nak ikut tak..? (muka penuh harapan)
me : (tertunduk sambil geleng perlahan)

Maaf, umi abah.. bukan tak nak ikut... naaakkk sangat! siapa tak nak spend time macam tu dgn umi abah! tapi... kalau dah disana, mood study di sini nanti susah nak dapat balik..

sekarang ni pun, terasa sangat lemah.
MALAS + NGANTOK + BORING
semua pun adalah..

buang masa pun banyak juga

terkenang umi abah din
terkenang rumah
rasa macam dah lama tak jumpa
padahal minggu lepas baru balikk

Apa nak jadi ni???

Ya Allah, pinjamkan ku kekuatanMu
Kuatkan Aku..

Final??
semoga tercapai apa yg di hajati
semoga keputusan meningkatkan komitmen ku terhadap Islam...!

ohh rindu bulatan cinta itu!!

Sunday, 23 December 2012

not a judge


Dengan Nama Allah......
Aku masih bernafas keranaNya

"Semalam terasa indah bersamanya
Suasana damai penuh ceria
Saling berbagi kisah kenangan dunia
Namun kini…..
Hari-hari berjalan terasa berat
Ada ketersiksaan di dalam dada
Pertemuan bagai beban derita
Sulit untuk telukiskan oleh kata
Kerna perasaan yg bicara

Melihat wajahnya,
Mendengar suaranya
Tersebut namanya
BENCI..

Bukalah mata hati
Bukan mata benci
Kita bukan sang hakim
yang layak untuk menghukum
kita juga pernah bersalah dan tersalah
bencilah sekadarnya
 maafkanlah kekhilafannya

kita bukanlah manusia yg sempurna
jangan lah merasa seolah tanpa noda
kita hanya manusia yg pernuh
khilaf salah
maafkanlah ia bila hatimu terluka

Kerana kita bukan SANG HAKIM"

Cuba menghayati lagu ini.
Dalam persahabatan yg baru hampir 2 tahun.
Mengapalah?
Tiada keserasian, tiada persefahaman.
Allah, sukar mendekati jiwa ini.
Aku terasa berat dan penat
Kerana selalu aku merasai luka itu
Mengapa perlu berkira andai benar kawan?
Sahabat atas paksi iman, sukarnya hendak di cari.
Kini, setiap kali bicara, hati ini terguris
Aku cuba berSABAR, tapi kadang kala ia terbatas juga

Ya Allah, kurniakan aku, kesabaran yang tinggi
Datangkanlah padaku ketenangan yg hakiki dariMu
Aku letih melayani perasaan ini ya Allah
Kebalkan jiwaku
Mantpkan imanku
Semoga aku mampu melalui segalanya……

i want it!


Ujian baru bermula.

1 weeks more.

Final sem 1

Sekejap sungguh

BACELOR KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Menguji kemampuanku sebagai seorang manusia

Engineer to be?

Mampukah aku?

Meneruskan segalanya lagi di sini.

Saat semua bakal pergi

Aku mahukan tarbiah

Aku cuba mencari tarbiah

Namun aku dihalang

Oleh mereka yg menyebabkan

Aku sentiasa di berkati Allah

Allah, ini ujian buatku

Aku merasakan segalanya senang sahaja

 andai aku dilepaskan untuk mencari jalanku sendiri

kekangan dan kerisauan mereka mengganggu ku

tapi, aku selalu di tinggalkan

kenapa tak beri aku peluang meninggalkan

aku bukan melakukan perkara yg tidak senonoh

ia cuma jaulah menuju Ilahi

mencari keberkatan dan keredhaan Nya

dan aku buat kerana Allah

tujuan sebenar aku di sini

mencari ilmu ukhrawi

aku dahagakan ilmu itu

sejak dulu

ilmu yang membuatkan aku tenang

ilmu yg membuatkan aku merasa selesa.

Allah... semoga sesuatu yang lebih baik menimpaku

Wednesday, 12 December 2012

enough, bye

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم



Selamat tinggal semua.

Perlukah ungkapan selamat tinggal itu?

Aku merasakan tidak perlu. Kerana kita semua pasti akan berjumpa kembali.

Cukuplah kan hubungan kita atas dasar kerja.

Jamuan perpisahan?

Aku tidak suka diriku dikenali.

Aku tidak senang namaku di bibir2 mereka yg lawan jantina daripada ku itu.

Tidak pernah aku harap untuk menjadi perhatian sesiapa pun.

Aku cuba sedaya upaya menjadi diriku dalam apa jua keadaan

Kerana aku tahu, aku tidak sempurna,

Jadi tiada siapa yg akan mendekatiku.

Namun, semuanya di salah tafsirkan.

Mereka melihat itu sebagai satu kelainan

Cukuplah aku terasa memalukan diriku sendiri di hadapan mereka.

Mereka kata aku di pengaruhi dia yg sentiasa di sampingku

Tapi sebenarnya aku cuba untuk membantu dia dan mereka

Tanggungjawab yang mana mereka tolak.

Aku ambil.

Tidak sanggup aku melihat mereka2 itu.

Cukuplah bagi aku, ‘ Astghfirullahala’zim’ itu keluar dari mulut mereka

Semoga terkesan di hati mereka sampai bila2.

Allah, mereka ada potensi besar untuk agama ini,

Bantulah mereka ke jalan Mu...

Terima kasih sahabat atas segalanya

Alhamdulillah, kau datangkan aku seorang sahabat

Yang begitu baik pekertinya

Yang begitu memahami diri ini

Yang menerima kelemahan jiwa ini..

#aku mesti kuat dalam Islam!! Allah bantu aku!!

Monday, 10 December 2012

kerana tudung?


Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha penyayang,
aku masih lagi diizinkan hidup di sini.
Dengan nikmatnya, aku masih bisa menghirup udara dan mengecapi kebahagiaan dunia ini,
moga tidak melalaikan.

Alhamdulilah, pengalaman berkeluarga angkat di Penang, sukar untuk di lupakan.
merindui, Tok, Makcik dan Acu. pertemuan singkat ini, memang membekas di hatiku.

layanan mereka, Subhanallh, cukup indah. Moga Allah membalas kebaikan mereka.

Lupa akan penampilan diri, di panggil 'ustazah'.
Dia menegur ku yg agak kasar. Maaf, jujur, aku tidak suka cara kau.
seperti tidak menghormati aku sebagai perempuan.
mungkin hanya itu yg mampu buat kau sedar, aku ada maruah yg perlu dipertahankan
aku ada sahabat yg perlu dilindungi.

kau hidangkan aku dengan jenaka bodoh kau itu
aku tersenyum kerana kebodohan ku

kau kata aku tidak layak berkawan
dengna dia hanya kerana aku dan dia bagai langit dan bumi.

kau tuduh aku yg bukan2.
bagai aku pendatangkan fitnah kepada Islam.
kau mengutuk sahabatku itu.

pernahkah kau nampak kebaikan dia?
pernahkah kau bersama dia,
tujuan kau mendekati dia,
hanya kerana nafsu?

kau datang menguji aku.
dan aku kau panggil penipu.
pada mulanya aku berusaha untuk menyelamatkan sahabat.
biarlah, aku sanggup di gelar penipu untuk itu.
biarpun aku dan dia berbeza, dia sahabat aku
tanggungjawab aku
'kau tak nak back up diri kau ? dia cakap kau macam tu'

tidak.
aku ada maruah.
sia2 aku berkata-kata pada org macam dia.
soal aku, hanya Allah yg tahu,
antara aku dan Allah, kekasih abadiku.

Allah, aku sayangkan dia.
kenapa dia diuji begitu?
kasihan dia.

kau memandang tinggi padaku. kenapa? adakah kerana tudung itu?
aku hanya mahu membuktikan, walaupun penampilan nampak sempurna
hati penuh noda,
iman sungguh nipis,

buktinya, aku tidak mampu membantu dia.
saat dia tengah keliru.

aku merasai segalanya gagal

aku gagal. maaf sahabat, aku tidak berupaya melindungi awak.
awak. seronok dengan mereka
awak. ajak aku bersama mereka.

air mata menitis. awak buat2 faham. cuba mengerti.

aku menangis bukan kerana aku terpaksa atau di paksa.
tetapi aku menangis, kerana mengakui imanku tidak cukup kuat untuk menetapkan perkara yg ak tidak boleh dan tidak sepatutnya buat.

seorang ikhwah, seakan berusaha meng'create' kan title sahabat
aku menolak.
maaf, aku tidak cukup kuat untuk itu.
alasan untuk kita berkawan juga tiada di situ

bagiku, biarlah bila ada urusan sahaja kita berhubung.
aku tidak mahu merosakkan hati sucimu
aku tidak mahu melukakan hati mu.
pergilah ikhwah, carilah dia yg lebih sempurna.

terakhir, sahbatku sayang,
sedarlah, aku sedang cuba untuk membantu kau,
aku sentiassa berharap, kau bantu lah dirimu ke jalan syara'

tinggalkan cinta selain Dia,
lupakan segalanya...