Friday, 19 October 2012

tugas baru



saat semua bertanya, "kenapa kau kawan dengan dia?", "dia tu ok ke?" dan lain-lain, jawapan saya hanya...... senyum.. sebab sejujurnya saya suka berkawan dengan awak. series. orang macam awaklah yang membuatkan saya rasa tak perlu nak berlakon, untuk hidup. sebab, awak awak inilah sentiasa jujur dengan diri sendiri dan kehidupan.

sejak dulu, kawan kawan saya hampir sama attitude dia. seronok. yang mana orang akan mengata. kata kata itu sedikit pun tidak pernah membuatkan aku malu untuk bersahabat dengan dia. pandangan itu tidak sedikit pun membuatkan perasaan syg kpd dia goyah..

namun, aku sentiasa merasa sedih. kerana dia tidak dan belum lagi dapat merasai peluang itu, seperti mana yang ku rasai dulu. semoga Allah bimbing dia.  dan juga aku.

wallahua'alam....
saya sayang awak kerana Allah.
~nadia~

Saturday, 13 October 2012

weird :p


alhamdulillah... semakin baik.. diri makin boleh adapt dengan keadaan.. thank you, sahabat!!
andai Allah tidak datangkan mereka,,, rasanya saya pun................. entah.. terima kasih Allah!!

tadi berborak dengan sahabat,, beliau bertanya tentang intern.. hoho.. saya tak bersedia lagi lah untuk felaiii.. belum bersiap untuk merasai segala ujian dan cabaran di sana.. jadi saya secara tidak rasminya di gelar 'anje'.. hahahahahahaha......

kelmarin,,, sebelum kelas.. seperti biasa.. solat istikharah saya buat... biar dia tunjukkan segalanya.. dan dan dan.... pagi tu saya agak kelam kabut ke kelas.. siap lambat.. ketika di jejantas. terkejut saya, hampir terlanggar seseorang. homai2,, kenapalah bertembung time ni....... dan pagi semalam rutin tu seperti biasa lagi... dan hari ni saya ternampak dia, dia mengangkat tangan ke arah saya, sambil diperhatikan sahabatnya... *terasa malu di situ... saya hanya mampu senyum malu dan bergegas pergi.. O Allah, terasa murah di situ.... ya Allah, saya nampak kebaikan dia. saya nampak sifat kehambaan dia. saya tidak tahu apakah itu hanya lakonan, saya tidak tahu dirinya yang sebenar.

dan hari ini saya berlaku sesuatu yang cukup memalukan... sedang khusyuk memikirkan sesuatu, tanpa mengendahkan sekeliling, saya mendapat secebis kertas, dan di kertas itu tertulis, 'rambut terkeluar'. saya pun, dengan terkejutnya, cepat2 mencari di manakah rambut itu, dalam hati malu gila bila ada org tegur macam tu. then sahabat saya pelik melihat saya yg memang dalam keadaan pelik, " awak kenapa?" tanya mereka. " nampak rambut kah?" mereka pun mengecheck tudung saya. "tidak" serentak. sejurus saya menunjukkan kertas itu kepada mereka, barulah mereka faham. namun, masih lagi tidak tahu dari manakah rambut yang dia nampak itu. saya buat muka kepada orang yg memberi kertas itu, lantas dia menunjukkan sahabatnya yg telah lari meninggalkan dia. malu mungkin. tapi saya lagi malu. sahabat saya berkata dia hanya tertunduk bila mereka memandang beliau.. okay.

beberapa hari sebelum itu, baru sahaja saya berfikir, ada lagikah lelaki yg akan menegur perempuan andai ternampak aurat? dan hari ini saya mengalaminya, rupanya masih ada lelaki yg begitu perihatin seperti itu. mungkin satu dalam seribu...

awak, terma kasih kerana sudi tegur saya.. semoga awak akan mendapat seseorang yg pandai menjaga auratnya tidak seperti saya...hahahahaha

tapi,,, serious, sungguh malu rasanya, rasa tak nak tengok dia lagi, pandang dia ataupun sahabat dia walaupun mereka buat lawak.... haish.................

dan saya kini bertemu dengan seseorang yg dahulu..... semoga Allah tunjuk yg terbaik walaupun saya belum bersedia..

minggu ni halaqah saya tentang brotherhood............ moga saya dan dia sama-sama tersedar dari kesilapan dulu dan cuba memperbaiki segala masalah itu... Amiin, ya Allah berkatilah persahabatan kami ini......


Sunday, 7 October 2012

dengan nama Allah.......

saya meminta maaf kepadanya...... adakah itu cukup?
saya berusaha memenangi hatinya... mungkinkah ia cukup?
pernah saya mengeluh buat itu iini kat awak tapi hasilnya? nothing.... tapi, tapi, tapi... saya dapat sesuatu... pengalaman... untuk menghandle manusia seperti awak...

itulah process yg memang tak disedari.. dan mulai sekarang saya sentiasa cuba untuk berpositif? haha.. sejak berkenalan dengan ramai hamba Allah, secara tidak langsung, boleh mendevelopkan diri, untuk menjadi seperti mereka, lebih baik dr mereka, ataupun mintak jauh dr perbuatan yang mereka buat.. Alhamdulillah, otak pula semakin pandai berfikir........

tiba-tiba ada orang kata nice to be friends with me.... haha. rasa nak gelak pun ada, pelik pun ada. well, i'm not really sure about that. because what i've found is all those people say i'm not deserve for that.....

mungkin saya dah jadi lebih baik dari dulu.. tugas baru. saya terjumpa seorang yang non muslim but she's really act just like a muslim... oh my.. untungnya dia... semoga Allah buka pintu hatinya.................... dan semoga ada yang boleh membantu dia ke jalanNya... Allah mudahkan dia di jalanMu...

semalam,, saya di ajak soulmate ke program solat hajat sempena test 1.. hati tersentuh dgn kata2 abang tu....... hope soulmate pon sama...

then beralih ke roomate.... roomate is important.. tapi dgn roomate lah saya susah nak berbaik kenapa ye? saya belajar untuk berkongsi bersama dia............... what??? seumur hidup saya, Allah sentiasa bagi sesuatu yg saya nak dan barang saya memang untuk saya. tiada siapa yg boleh pinjam,       sentuh atau guna barang saya. tpi3... sekarang semua barang saya macam barang dia. dia baik dengan saya sebab nak guna barang saya.... terharu sungguh..!!!

mereka2 yg di perantauan, semoga Allah mudahkan... hebat ujian itu, tapi pengalaman itulah perkara termanis.....

Alhamdulillah... Allah mudahkan, Allah izinkan.... moga Allah makbulkan lagi permintaanku.. hamba yg lemah... Ameeen... i miss my parents, miss my brother...... tapi, I have to pretend seperti biasa.. kerana saya nk tunjuk yg saya tak lemah... tapi sejujurnya... hati saya menangis...

mereka kata, saya macam tiada masalah. mereka kata saya tiada perasaan..... hakikatnya,,, saya simpan segalanya.. semoga Allah nampak, dengar dan tolong saya.... keresahan saya tiada siapa yg mampu faham.. kecuali pencipta saya.. Allah maha megetahui.....

Wassalam............

Saturday, 6 October 2012

life



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Aku membuka cerita pada hari ini dengan memohon keampunan yang besar kepadaMu..

pagi yang indah, namun hati tetap sendiri, jiwa kekosongan, diri??
entah?
tidak ku tahu kemana arah itu
yang aku lalu...

di saat aku terperangkap, hanya Allah aku bergantung
semoga perkara itu, tidak menjadi buat Islam
biarlah aku di hina, keran semua salahku

semoga Islam tetap terpelihara.......

haha.. muqaddimah.. kelmarin, saya keluar dengan soulmate saya.. dan sesungguhnya saya langsung tidak tahu akan kehadiran seseorang itu.
series, dia membawa seribu satu......... entah
kehadiran dia bersama cerita2 itu
membuatkan saya terfikir..
beginikah life manusia? hanya mampu memiliki keseronokan tapi ketenangan tu di biarkan. namun keseronokan yg dikecapi hanya buat memenuhi nafsu dan bukannya fitrah..
dan saya juga terdengar cerita tentang soulmate saya yg dulu dia macam mana... sejujurnya saya terima dia seadanya.. kisah silam tidak pernah memberi effect kepada pandangan saya terhadap dia.. dia telah menjadi diri sendiri dan i'm proud of that...

semakin hari, saya mempelajari proses itu. betullah, hanya pengalaman mengajar kehidupan. saya faham. dan sekarang saya sedang melalui kehidupan itu.

kini saya berusaha menjadi seorang yang terbaik.. hamba yang baik, manusia yang baik, anak yang baik.. sahabat yang baik, dan juga roomate yang baik.... moga Allah tolong...






Tuesday, 2 October 2012

sendiri??


dan hari ini saya sendiri. anda, anda, anda dan anda, semua dah pergi..... sejujurnya, hati ini sunyi, rindu dengan kenangan itu. jika boleh tidak mahu diri meninggalkan masa itu. jika boleh, ingin pula diri mengubah waktu itu supaya menjadi lebih sempurna.. namun, inilah suratan takdir Ilahi. tiada yang bisa melawannya. tiada yang boleh menolak dan menafikannya.

Allah, adakah semua ini kerana saya telah bersedia? saya tak nampak di manakah sedianya saya. saya sedih bila semua orang tinggalkan saya. husna, awak dah jauh.......... jauh sangat. afifah pun begitu.. dan kakak tercinta saya, Kak Am... pun sama... mungkin disebabkan saya dah tak berhalaqah dengan kak am, kami jarang berjumpa. kenapalah kak Am tak nak bagi saya berhalaqah dengan dia.

mungkin ini proses ke sana. tapi, sukar sebenarnya untuk melaluinya. semakin lama, semakin berat terasa. di kelilingi pula dengan ujian dunia. memang berat. tapi, di sebalik ini, ada rahmat mendatang.

Ya Allah, kuatkanlah aku, semoga tarbiah yang aku dapat ini membantu ku di jalan ini. semoga ilmu yang di terapkan mampu menguatkan hati dan jiwaku. dan semoga dakwah yang bakal di sampaikan mampu menusuk hati mereka yang di tuju........... Amiin

Thursday, 27 September 2012

terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

akhirnya saya kembali ke baiti jannati dengan izinNya. hati gembira sebenarnya dapat duduk rumah. bersama umi abah.. nak nangis pun ada. sebab terasa bahagia berada di rumah. hampir 3 minggu tidak pulang. kerana assignment kot. entah, tapi diri ini sentiasa rasa waktu itu perlu di isi dengan study. 
akhirnya Allah datang sakit itu supaya pulang ke rumah. mungkin permintaan umi abah untuk bersama saya di makbulkan tapi dengan cara yang susah sedikit. dari kecil, rasanya saya ini memang sentiasa menyusahkan. ada je perkara yang pelik2 berlaku kat saya. hehehe
saya rindukan roomates saya yang dulu di G401. series! walaupun macam2 terjadi antara kami, tapi ikatan tu macam kuat. 
=masa saya sakit, semua org risau.
=dengar saya mengigau, ke, mesti akan ada org jenguk kat partition saya. tengok keadaan saya.
=rasa badan saya panas atau tak
=tanya saya dah makan
=tanya saya dah makan ubat ke belum.

tapi sekarang roomates dah jd roomate je. dan masa saya sakit, tidak pernah pun dia endahkan saya. series, terasa giler time tu. saya demam punyalah panas, dia diam je. datang dekat saya pun tak. ok fine! saya rasa macam dah malas nak buat baik dengan dia. semua benda saya dah jadi macam barang dia lepas tu, dia biar je saya. sejujurnya saya semakin benci dan menyampah dengan dia. kalau boleh saya tak nak duduk bilik tu. saya benci duduk situ!!

ok lupakan. saya memang begitu. lupakan dia. saya sebenarnya memang seorang diri di dalam bilik itu kaaan.. tak apalah. semoga tahun depan, saya dapat duduk dengan sahabat yang lebih baik, yang mengenal apa itu erti saudara sesama islam.

hari ni dia bakal pergi, meneruskan perjuangan seorang daei'.. husna.. mungkin ini yang terbaik untuk awak.. mungkin saya demam sebab pemergian awak kali ni membuat kan diri kita jauh. tapi mungkin pemergian ini juga mampu mengikat+ merapatkan hati kita.. amiin..

Wednesday, 26 September 2012

pergilah


benar, sungguh susah menjaga ikhtilat itu. janji mengekalkan pesertanya di kolej sehingga final year, mengaburkan mataku.. dan akhirnya keputusan di ambil selaras dengan kedudukan iman ketika itu. di iringi doa memohon petunjuk kebenaran kepada keputusan ini. semoga mendidik jiwa untuk menjadi lebih kuat. dan akhirnya Allah mudahkan, segala nyaanyian, tarian dan lakonan di hadapan juri2 yang haram itu dpt di elakkan hehehe. kalau boleh memang semua ahli SETA wajib beruji bakat. tapi saya terlepas kerana kuasa Allah melebihi segalanya...
SETA? SETA is stand for School of Entertainment, Talents and Arts.. tapi SETA tu tak ada dalam diri saya... sebab tu saya tak nak memalukan diri menjatuhkan maruah agama memasuki uji bakat itu. dan kerja saya, Props bahagian busana. jadi di sini saya dapat belajar menjahit + improvekan skill menjahit saya.. hehe.
satu benda yang saya tidak setuju tentang SETA ialah mereka tersalah tafsir erti menjaga batas itu. tetapi saya seorang je yang merasa sedemikian dan orang lain kata itu perkara biasa. kalau boleh saya mahu larikan diri tapi, tanggung jawab di sini besar. saya sendiri menempahnya. jadi selagi saya boleh jaga diri saya, saya buat. semoga Allah ampunkan saya.

suatu malam, saya bersama kawan menjahit sesuatu. tiba2 datang teman lelakinya itu dan sahabatnya. pada mulanay saya terasa malu dengan perkara itu. tapi, sebenarnya kehadiran mereka itu membantu saya dan tidak mengganggu jiwa saya. seronok juga apabila melihat kaum adam ini pandai menjahit. apa yang saya perhatikan, sahabat dia yang bernama A itu cuba menguji saya kot. secara tiba-tiba,
A: nama siapa? ( sambil menjahit)
saya: ha? -buat2 terkejut sebab tengah khusyuk buat kerja. hehe
bf kwn saya: **********(sejujurnya dia sangat menyibuk)
A: O.. jadi panggil apa?
bf itu menyampuk lagi dan menceritakan sedikit tentang latar belakang saya yang lebih kirang dengan mereka. namun, saya dan dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan antara satu sama lain sehinggalah hari itu.
saya hanya mengiakan kerana terasa malu disitu.
A: ambil course apa?
saya: EE
suasana diam. mungkin penat menunggu saya bertanya,
A: kitorang(A dan Bf kwn saya tu) ambil mekanik.
saya di dalam hati:( aku tak tanya pun)

lebih kurang macam sesi perkenalan kot tapi, saya tak tanya apa2 pun. cuma dialog yang paling common antara kami, "nak benang, jarum, gunting"
dan thank you.

bagi saya, tiada guna berkenalan berlebihan kerana tiada benefit di situ. selepas malam itu, bakal berakhirlah segala perkenalan dan hubungan antara semua saya dan ahli SETA. rupanya itu hanya bagi saya. selepas malam itu, saya asyik bertmbung dengan dia. dan reaksi saya? seperti biasa, saya buat macam tidak kenal dia kerana saya malu.

beberapa hari saya bertembung dengan dia. dan saya rasa macam nak bagi tahu dia, "awak, saya harap malam tu awak tak kenal saya, biar saya tak kenal awak sampai bila2"


jujur, hati ini terganggu.................. semoga Allah pelihara.. amiin

jumaat ini, si dia bakal pergi. Husnaa.. kalau saya mampu, saya tak nak awak pergi...!! tapi awak memperjuangkan agama kita, saya yakin awak mampu, semoga saya juga mampu menjadi seperti awak... amin,, doakan saya ye...