Tuesday, 2 October 2012

sendiri??


dan hari ini saya sendiri. anda, anda, anda dan anda, semua dah pergi..... sejujurnya, hati ini sunyi, rindu dengan kenangan itu. jika boleh tidak mahu diri meninggalkan masa itu. jika boleh, ingin pula diri mengubah waktu itu supaya menjadi lebih sempurna.. namun, inilah suratan takdir Ilahi. tiada yang bisa melawannya. tiada yang boleh menolak dan menafikannya.

Allah, adakah semua ini kerana saya telah bersedia? saya tak nampak di manakah sedianya saya. saya sedih bila semua orang tinggalkan saya. husna, awak dah jauh.......... jauh sangat. afifah pun begitu.. dan kakak tercinta saya, Kak Am... pun sama... mungkin disebabkan saya dah tak berhalaqah dengan kak am, kami jarang berjumpa. kenapalah kak Am tak nak bagi saya berhalaqah dengan dia.

mungkin ini proses ke sana. tapi, sukar sebenarnya untuk melaluinya. semakin lama, semakin berat terasa. di kelilingi pula dengan ujian dunia. memang berat. tapi, di sebalik ini, ada rahmat mendatang.

Ya Allah, kuatkanlah aku, semoga tarbiah yang aku dapat ini membantu ku di jalan ini. semoga ilmu yang di terapkan mampu menguatkan hati dan jiwaku. dan semoga dakwah yang bakal di sampaikan mampu menusuk hati mereka yang di tuju........... Amiin

Thursday, 27 September 2012

terakhir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

akhirnya saya kembali ke baiti jannati dengan izinNya. hati gembira sebenarnya dapat duduk rumah. bersama umi abah.. nak nangis pun ada. sebab terasa bahagia berada di rumah. hampir 3 minggu tidak pulang. kerana assignment kot. entah, tapi diri ini sentiasa rasa waktu itu perlu di isi dengan study. 
akhirnya Allah datang sakit itu supaya pulang ke rumah. mungkin permintaan umi abah untuk bersama saya di makbulkan tapi dengan cara yang susah sedikit. dari kecil, rasanya saya ini memang sentiasa menyusahkan. ada je perkara yang pelik2 berlaku kat saya. hehehe
saya rindukan roomates saya yang dulu di G401. series! walaupun macam2 terjadi antara kami, tapi ikatan tu macam kuat. 
=masa saya sakit, semua org risau.
=dengar saya mengigau, ke, mesti akan ada org jenguk kat partition saya. tengok keadaan saya.
=rasa badan saya panas atau tak
=tanya saya dah makan
=tanya saya dah makan ubat ke belum.

tapi sekarang roomates dah jd roomate je. dan masa saya sakit, tidak pernah pun dia endahkan saya. series, terasa giler time tu. saya demam punyalah panas, dia diam je. datang dekat saya pun tak. ok fine! saya rasa macam dah malas nak buat baik dengan dia. semua benda saya dah jadi macam barang dia lepas tu, dia biar je saya. sejujurnya saya semakin benci dan menyampah dengan dia. kalau boleh saya tak nak duduk bilik tu. saya benci duduk situ!!

ok lupakan. saya memang begitu. lupakan dia. saya sebenarnya memang seorang diri di dalam bilik itu kaaan.. tak apalah. semoga tahun depan, saya dapat duduk dengan sahabat yang lebih baik, yang mengenal apa itu erti saudara sesama islam.

hari ni dia bakal pergi, meneruskan perjuangan seorang daei'.. husna.. mungkin ini yang terbaik untuk awak.. mungkin saya demam sebab pemergian awak kali ni membuat kan diri kita jauh. tapi mungkin pemergian ini juga mampu mengikat+ merapatkan hati kita.. amiin..

Wednesday, 26 September 2012

pergilah


benar, sungguh susah menjaga ikhtilat itu. janji mengekalkan pesertanya di kolej sehingga final year, mengaburkan mataku.. dan akhirnya keputusan di ambil selaras dengan kedudukan iman ketika itu. di iringi doa memohon petunjuk kebenaran kepada keputusan ini. semoga mendidik jiwa untuk menjadi lebih kuat. dan akhirnya Allah mudahkan, segala nyaanyian, tarian dan lakonan di hadapan juri2 yang haram itu dpt di elakkan hehehe. kalau boleh memang semua ahli SETA wajib beruji bakat. tapi saya terlepas kerana kuasa Allah melebihi segalanya...
SETA? SETA is stand for School of Entertainment, Talents and Arts.. tapi SETA tu tak ada dalam diri saya... sebab tu saya tak nak memalukan diri menjatuhkan maruah agama memasuki uji bakat itu. dan kerja saya, Props bahagian busana. jadi di sini saya dapat belajar menjahit + improvekan skill menjahit saya.. hehe.
satu benda yang saya tidak setuju tentang SETA ialah mereka tersalah tafsir erti menjaga batas itu. tetapi saya seorang je yang merasa sedemikian dan orang lain kata itu perkara biasa. kalau boleh saya mahu larikan diri tapi, tanggung jawab di sini besar. saya sendiri menempahnya. jadi selagi saya boleh jaga diri saya, saya buat. semoga Allah ampunkan saya.

suatu malam, saya bersama kawan menjahit sesuatu. tiba2 datang teman lelakinya itu dan sahabatnya. pada mulanay saya terasa malu dengan perkara itu. tapi, sebenarnya kehadiran mereka itu membantu saya dan tidak mengganggu jiwa saya. seronok juga apabila melihat kaum adam ini pandai menjahit. apa yang saya perhatikan, sahabat dia yang bernama A itu cuba menguji saya kot. secara tiba-tiba,
A: nama siapa? ( sambil menjahit)
saya: ha? -buat2 terkejut sebab tengah khusyuk buat kerja. hehe
bf kwn saya: **********(sejujurnya dia sangat menyibuk)
A: O.. jadi panggil apa?
bf itu menyampuk lagi dan menceritakan sedikit tentang latar belakang saya yang lebih kirang dengan mereka. namun, saya dan dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan antara satu sama lain sehinggalah hari itu.
saya hanya mengiakan kerana terasa malu disitu.
A: ambil course apa?
saya: EE
suasana diam. mungkin penat menunggu saya bertanya,
A: kitorang(A dan Bf kwn saya tu) ambil mekanik.
saya di dalam hati:( aku tak tanya pun)

lebih kurang macam sesi perkenalan kot tapi, saya tak tanya apa2 pun. cuma dialog yang paling common antara kami, "nak benang, jarum, gunting"
dan thank you.

bagi saya, tiada guna berkenalan berlebihan kerana tiada benefit di situ. selepas malam itu, bakal berakhirlah segala perkenalan dan hubungan antara semua saya dan ahli SETA. rupanya itu hanya bagi saya. selepas malam itu, saya asyik bertmbung dengan dia. dan reaksi saya? seperti biasa, saya buat macam tidak kenal dia kerana saya malu.

beberapa hari saya bertembung dengan dia. dan saya rasa macam nak bagi tahu dia, "awak, saya harap malam tu awak tak kenal saya, biar saya tak kenal awak sampai bila2"


jujur, hati ini terganggu.................. semoga Allah pelihara.. amiin

jumaat ini, si dia bakal pergi. Husnaa.. kalau saya mampu, saya tak nak awak pergi...!! tapi awak memperjuangkan agama kita, saya yakin awak mampu, semoga saya juga mampu menjadi seperti awak... amin,, doakan saya ye...

Monday, 13 August 2012

LUPA? makan kismis ( -_^)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


Semalam saya temankan ummi ke klinik. Syafakallah ye abah! Oh, bila tengok ragam kedua orang tua saya ni, sama macam ragam atuk dan nenek saya. Hehe. Selalu tengok abah and ummi layan je apa yang opah and atuk nak and semua yang diorang minta dan complaint. Walaupun kadang2 benda tu macam pelik dan tak masuk akal untuk orang berumur seperti mereka. But, sebenarnya, tanpa mereka sedari, diorang juga berperangai seperti itu. Haha. That’s what we call, like father like son! Hehe. Bila melihat telatah mereka, saya hanya mampu tersenyum dan tergelak. Haha. Sebab memang sama.
Ceritanya masa on the way dalam kereta, ummi pasang radio IKIM. Dan pagi itu ada satu kaisah yang menyedarkan saya. Tentang LUPA. Nak dengar tak? Eh baca. Saya ulas lah sedikit apa yang ustaz tu cakap.
Kenapa Allah ciptakan LUPA? Biasanya diri sendiri ataupun orang lain akan marah sebab LUPA. Yelah, LUPA siapkan homework or assignment. Hehe. Tapi jarang dengar orang LUPA makan kan?
“ seorang suami yang pelupa telah dipesan isterinya untuk membeli gula, telur dan minyak. Apabila suami melangkah keluar dari rumah dan di pertengahan jalan, dia terlupa tujuannya. Then dia pun singgah di kedai kopi sambil berborak bersama rakannya. Tiba2 dia teringat isterinya menyuruh membeli barang. Lantas dia segera pergi ke kedai. Namun, ketika di hadapan kedai itu, dia terlupa, apakah barang yang dipesan. Dia kembali ke rumah. Menanyakan kembali apakah barangnya. Kali ini dia bertindak bujak dengan menyalin berang pesanan isterinya di atas kertas. Kertas itu kemudiannya di gulung dan diselitkan di telinganya.(saya rasa itu kelakar.hehe) kejadian sama berulang. Akibat terLUPA arah tujunya yang sebenar, dia berjalan-jalan mengambil angin. Dan kemudian dia teringat dia perlu membeli sesuatu. Sesampainya di kedai, dia terlupa apakah barang yg perlu dibelinya. Namun dia masih ingat dia telah menyenaraikan barang tersebut diatas kertas. And,, dia tak ingat di manakah kertas itu. Lantas dia pulang ke rumah dan bertanyakan di manakah senarai tadi. Si isteri pun menunjukkan di telinganya. “
Bayangkan perasaan anda sebagai seorang isteri itu? Bayangkan jika barang itu adalah pampers anak? Hehe. Ya, tiada siapa suka orang yang lupa kan. Even if our atu n nenek dah lupa kat kita pun kita terkilan kan? Kenapa Allah cipta LUPA kalau ianya tak ada benefit? LuPA TU lagilah satu azab bila terLUPA tunaikan tanggungjawa kat ALLAH kan?
Tapi, tapi, tapi, pernah tak terfikir benefit of the LUPA? Contohnya, anada sedang menonton filem Pi Ramlee. Hehe. Yang dia baca huruf ‘ alif, ya, mim’ then dia cakap itu ‘buaya’. Kelakar tak? My dad very like that scene. Hehe. Setiap kali tengok part tu mesti dia gelak. Tapi, dia akan gelak bila dia tengok balik ataupun teringat benda tu. So, if kalau dia tak LUPA scene tu, mesti sepanjang hidup dia, dia akan gelak je kan? Sebab teringat benda tu. See?
Satu contoh yg agak jahat. Katakanlah awak pernah jumpa perempuan cantik or lelaki hensemtu, tapi awak tak pernah berkesempatan mengenali dia jadi bila awak kahwin dengan orang lain, awak tak boleh LUPA wajah dia. Parah kan?
Ha, same goes if kita buat benda baik. Kalau kita asyik dok ingat je semua perkara baik yang kita dah buat, so senanglah untuk mengungkit kan? Tak pun bangga bercerita dengan anak cucu. Itu tak baik kan, mungkin ikhlas tu boleh terhakis.
Kalau part terlupa buat perintah Allah tu salah diri sendiri kott. Macam solat. Siapa kat tempat dia tak boleh dengar azan? Angkat tangan. Tak nampak pun. Kenapa bila berbuka tahu pula bukak tv? Sebab nak tahu waktu berbuka= waktu maghrib tu kan?
Rasanya dah nampak dan jelas kot. Lagi terbukti bahawa sesungguhnya segala ciptaan Allah itu adalah terbaik untuk hambaNya. Well He’s our creator. So He knows us very well.
Ya Allah berikan yang terbaik untukku. Dan janganlah Engkau membiarkan aku menyusah kan orang di sekeliling aku........
Ujian direject oleh sesuatu benda yang kita perlukan and nak itu, amatlah berat.....
Allah, help me..! i need your guide! Permudahkanlah segalanya.............................................

Wednesday, 8 August 2012

nikah tanpa majlis?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم


Allahuakbar!

Ada hadith nabi kata, pernikahan yg di berkati ialah perkahwinan yang rendah nilai maharnya. Is the ceremony including in the mahar? Entahlah. Saya tidak berpengalaman. Hehe. Cuma, untuk entry kali ini saya teruja nak cerita pasal kahwin pulak. Hehehe. Am I ready? Haha insyaAllah. Berangan jap.. hm.. beberapa minggu yang lepas, saya cuba menelusuri kehidupaan seseorang. Saya tidak berjumpa dengan dia. Tapi, saya tahu mengenai dia melalui facebook. Al maklumlah, rasanya dia buat fb tu macam diary dia kot. Habis semua cerita di post kan.
Masa mula2 accept dia menjadi friend, saya rasa kesian pulak. Kerana kami dulu pernah berjuang bersama. Rasa syukur kejap, Alhamdulillah.. nak dipendekkan cerita, beberapa minggu yg lepas, sebelum berpuasa rasanya, ada satu post yg menyatakan, dia mahu berkahwin. Sebetulnya, sebagai sahabat, saya ada instinct bahawasanya, bakal suami yg bakal dikahwini tu, not the suitable one. Pernah masa mula2 dia bercouple dgn lelaki itu, saya menyatakan pendapat saya. Tapi, apa yg mampu, Allah tu lagi hebat, the power of angau tu, menutupi nasihat saya daripada meresap di dalam hati. Hehe.
Dan selepas selamat di ijab qabulkan, saya dapat merasakan betapa gembiranya dia bersama suami tercinta kerana dapat menghalalkan hubungan yg selama ini haram tetapi di halalkan untuk nafsu sendiri. Begitulah, jika cinta di nodai sebelum sahnya si dia untuk di cintai, Allah akan membalasnya. Jika perkara haram di halalkan mengikut nafsu, cinta selepas kahwin tu rasanya macam dah tak de feel. Sebabnya, rasa macam, tak ada perkara istimewa yang kita dapat rasa melalui si dia bila kita kahwin dengan dia kerana segalanya sudah di rasai sebelum waktunya lagi. Saya punya menganggap Allah nak tunjukkan ini kepada saya, bahawasanya, walaupun nampak orang yang bercinta tu seronok + bahagia, tak mustahil esok lusa, rasa cinta tu Allah tarik balik kan? Jadi tak salah kan kalau simpan sahaja dulu perasaan tu untuk orang yang sepatutnya? Tahan segala nafsu dan perasaan buat pendamping/pemimpin yang dah jelas buat kita.
Setiap hari, ada sahaja masalah yang di postkan, kadang2 naik meluat juga saya rasa. Tapi sebenarnya rasa kasihan itu lebih. Yelah, bayangkan, segala cerita yg sepatutnya di simpan dia dan hubbynya menjadi tatapa semua org. Kenapa? Sejujurnya dia sunyi. Bila dia buat begitu akan ada lelaki2 dan perempuan yg (rasanya mostly lelaki kott) akan bertanya. Then when her husband see that comment, he will know about his wife feeling and feel embarrass because his weakness dalam melayarkan bahtera itu. Itu cara dia menunjukkan perasaan dia. Terus terang, SALAH tau.
Dalam alquran Allah cakap, suami itu pakaian bagi si isteri dan isteri itu pakaian suami. See? Jelas lagi ternyata, masing2 menutup masing2 kan? Kenapa pakai baju? Macam tu jugalah kenapa kahwin? Kenapa Allah cakap macam tu. Nampak sangat segala apa yg ada dalam rumahtangga itu perlu dirahsiakan melainkan dalam keadaan yg tertentu. Jadi mengapa di canangkan masalah kepada semua orang.
Kasihan mereka. Dua dua tidak memahami konsep perkahwinan dalam islam. Yg remeh pun belum tentu, inikan pula alam rumahtangga yg byk dugaan nya. Semoga kalian mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah. Harap mereka sedar akan kekurangan mereka. Amiin...

Kelmarin saya.. hehehe.. sangat menguji iman.. ya Allah, mudahkan aku!

Friday, 29 June 2012

What if the memory is gone


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

Saya mengharapkan dan terfikir, andai Allah mengambil ingatan saya, adakah saya akan menjadi seseorang yang baik?
Kalaulah ingatan saya di ambil, saya yakin, mesti saya boleh menjadi seseorang yang lebih baik. Kerana saatnya sekarang, saya tidak berjumpa dengan orang yang tidak baik. Andai perkara itu berlaku, mesti umi dan abah akan sentiasa di sisi saya kan? Mesti nanti umi abah ajar benda ‘baru’ untuk saya kan, dan semestinya perkara itu, perkara yang baik.
Masa tu mesti semua orang akan berbuat baik dengan saya, mesti hanya bercakap tentang perkara baik, jadi saya mesti nanti boleh jadi budak baik.
Tidak perlu lah saya fikirkan tentang merreka yang pernah berada dalam memory saya kan, dan tidak payah pula saya perlu mengenangkan di mana mereka, apa yang mereka sedan buat dll. Haha rasa sangat cool pula apabila mendapat suaatu kehidupan baru. Tidak perlu juga saya mengenangkan orang yang saya sayang, orang yang saya benci, mereka yang pernah menyentuh hati saya. Kerana sejujurnya, jika waktu bisa di putar, akan saya cuba mengelak daripada berjumpa dengan mereka semua. Semuanya. Saya hanya mahu duduk di rumah ini, dan di layan seperti seorang anak kecil yang tak perlu risaukan dunia luar.

Tapi saya yakin, di saat saya gembira bersama orang di sekeliling nanti mesti akan ada yang bersedih hati. Contohnya macam sahabat-sahabat saya. Banyak kenangan yang luput di ingatan. Mesti kesian kepada mereka itu.
Saya juga terbayang, masa tengah tunggu bas di UPM, tiba-tiba ada seseorang menegur dan saya tidak mengenali, apakah perasaan dia dan saya ketika itu?
“putri, lama tak jumpa awak?” kata dia menegur saya.
Saya mungkin, “?%$#@” dengan muka yang pelik. Hehe. Ataupun just tersenyum biasa.
Andailah diizinkan saya duduk sebelah dia di dalam bas, pasti saya akan bertanya tentang dia.

Semoga ianya akan berlaku. Saya akan jadi orang baru, khalifah baru. Dan semoga Allah ampunkan dosa-dosa silam saya.

#rasa seronok pula sakit. Sebab Allah ampunkan dosa saya. Yang ke dua, saya di layan bagaikan puteri kayangan. Ketiga, semua orang mengambil berat tentang saya. Yang keempat, terasa lebih di sayangi sebab dapat perhatian lebih. Hehehe.. OOOsem..! (^_^)


Bahagia.......... sampai ke syurga


Fitrah
Apabila berlawanan jantina tertarik antara satu sama lain
Dinamakan CINTA
Namun apakah erti cinta itu sendiri
Adakah berpelukan, berciuman itu di namakan cinta
Kasihan melihat manusia sekarang
Tambahan remaja
Kebanyakannya salah mengekspresikan cinta
Bila jatuh cinta, hati gundah gulana
Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah
Tapi itu ke cara orang beriman bila jatuh cinta?
Check diri semula, mungkin sebab tidak pernah jatuh cinta
Saya kurang faham apa rasanya
Mungkin sebab tidak pernah bercinta
Saya tidak dapat merasai nikmatnya
Tetapi saya cintakan pencipta saya
Orang kata saya rugi sebab tidak membalas cinta dari mereka
Tapi bagi saya macam tu ke cinta?
Saya tidak mengerti,
Kerana bagi saya cinta hanya dibenarkan apabila ada ikatan yang sah
Jatuh cinta tidak salah, tapi cara bercinta itu yang salah
Bila cinta di ungkapkan kepada seseorang yang bukan sesiapa baginya
Yang tidak pasti takdirnya
Harga diri pula menjadi terlalu murah dengan janji palsu itu
Janji yang berlandakan nafsu yang bisa di mungkiri bila-bila masa sahaja
Apabila segalanya tergadai kerana cinta,
Masing-masing menyalahkan masing-masing
Ada yang melepaskan tangan menafikan tanggungjawab
Kasihan mereka,
Jadi, itukah cinta?
Cinta yang sebenar ialah apabila kita mencintai seseorang itu kerana Allah
Dan juga untuk agama, bila dah berkenan,
Gunalah jalan keberkatan, jumpalah keluarga dia,
Minta izin pada walinya, tak ke sweet bila buat macam tu,
Lepas tu, bila dah lafazkan janji dekat Allah,
Tunaikanlah hak masing-masing,
Laksanakanlah tnaggungjawab seikhlas yang mungkin
Terasa indah apabila cinta Allah itu di utamakan,
Cantiknya kehidupan,
Itulah tujuan sebenar,
Bahagia sampai ke syurga.......